Israk Mikraj dan Istiwa Allah Di Atas Arasy

 OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis


Israk Mikraj adalah bukti utama bahawa Allah meninggi di atas arasy sepertimana yang layak denganNya.

Sepertimana firmanNya didalam Surah Toha ayat 5: " ar- Rahman beristiwa di atas arasy ( sepertimana yang layak dengan kemuliaan dan kebesaranNya)".

Jikalau tidak, sia-sialah perjalanan Rasulullah naik ke langit untuk bertemu dengan Allah.

Hanya pihak yang menjisimkan sahaja yang beranggapan bahawa Allah SWT tidak boleh meninggi di atas arasyNya. Ini kerana ia bercanggah dengan konsep logik akal pihak tersebut.

Adapun bagi mukmin cukuplah berkata " aku beriman dengan Allah lalu beristiqamah" atas apa sahaja wahyu yang diturunkan kepadaNya.

Maha Suci Allah daripada apa yang mereka takwilkan dan sangkakan.

Jemputan Allah ke atas satu-satunya nabi dan rasul iaitu Rasulullah sendiri ke atas langit bagi bertemu denganNya membuktikan kemuliaan dan ketinggian Rasulullah ke atas sekalian nabi dan rasul.



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments