OLEH: Taufiq Tuah
Allah, Baitullah, Kaabah dan Solat.
Mahkamah telah meluluskan 4 perkataan Arab ini untuk digunakan oleh penganut Nasrani. Kenapa mereka meminta untuk menggunakan perkataan² ini?
Tidakkah kita sangsi dikala mana waktu lain, mereka sangat menentang tulisan 'Jawi' tetapi tiba-tiba mereka juga meminta untuk menggunakan 4 perkataan Arab ini. Apakah kita tidak nampak?
Mereka memerlukan perkataan-perkataan ini bagi tujuan awal kristianisasi. Agar mereka yang jahil, mudah tertipu dengan dakyah seperti "tengok tuhan awak, tuhan saya sama Allah.. Sama-sama solat. Kita pun ada Baitullah".
Orang akan kata "Benda ini tak jadi isu pun di Sabah, Sarawak dan Indonesia. Jadi kenapa Semenanjung perlu bangkitkan?"
Kita bukan bincang isu hukum. Bab hukum, mungkin ada di sana keluasan tentang boleh atau tidak. Namun apa yang ditegaskan di sini ialah implikasinya kepada masyarakat yang tercicir dengan pendekatan dakwah Islam. Percayalah, orang Islam yang tercicir daripada dakwah ini sangat ramai! Ada di kampung (mereka yang memang pedalaman tiada akses dakwah), malah juga di bandar (mereka yang berfikiran terbuka liberal yang tidak endahkan dakwah).
Maka dua golongan ini sebenarnya ialah target mudah bagi pihak Nasrani menyuntik dakyah mereka. Dengan istilah mudah, "Kami pun solat di Baitullah sembah Allah", peratusan untuk mengelirukan masyarakat itu sangat besar!
Di Indonesia, bilangan Muslim Murtad di sana sahaja mencecah 1 juta hingga 2 juta per tahun. Setiap tahun, pasti kita dengar khabar sebuah kampung telah dibaptis di Indonesia. Tidakkah ini menggusarkan kita wahai Muslimin?
Lihat lah di seluruh dunia, kenapa Nasrani yang guna kalimah 'Allah' ini hanyalah di negara-negara Islam? Kenapa tidak digunakan dengan jelas kalimah 'Allah' (bukan elohim atau yahweh) bagi nasrani di Amerika, England dll? Kenapa kalimah Allah dengan jelas hanya digunakan oleh Kristian di negara majoriti Islam? Tidak lain tidak bukan kerana ingin mengelirukan masyarakat Islam dan ini ialah salah satu bibit kristianisasi.
Lalu masih ada yang bertepuk tangan dan menghalalkan dengan 'hukumnya boleh'. Sedangkan jika benar mereka fikirkan kesannya, maka jelas kesannya akan merugikan dakwah Islam.
Ini belum diulas tentang penggunaan Allah di dalam Bible. Bagaimana mereka mengkufuri keesaan Allah dan meletakkan kalimah Allah sebaris dengan tuhan lain mereka yang kufur. Adakah kita sebagai Muslim boleh tahan apabila tahu mereka membaca bible seperti ini?
[Gerakan PENA Malaysia]
Comments
Post a Comment