Zikir Dengan Jari Bukan Dengan Alat

 OLEH: Abu Aqif


Zikir yang dilakukan oleh Nabi ﷺ adalah mengira dengan jari, bukan dengan bantuan alat seperti biji tasbih atau apa-apa alatan moden sekarang.


Dari Abdullah bin Amr bin Ash رضي الله عنهم, beliau menceritakan,


رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْقِدُهُنَّ بِيَدِهِ

“Saya melihat, Rasulullah ﷺ mengira zikir beliau dengan tangannya.” [HR. Ahmad 6498, dinilai hasan oleh Syuaib Al-Arnauth].


Dari seorang sahabat wanita, Yusairah bintu Yasir Al-Anshariyah رضي الله عنها, beliau adalah dikalangan sahabat wanita yang menjadi peserta Baiat Aqabah, beliau mengatakan,


Rasulullah ﷺ berpesan kepada kami (para sahabat wanita),


يَا نِسَاءَ الْمُؤْمِنَينَ، عَلَيْكُنَّ بِالتَّهْلِيلِ وَالتَّسْبِيحِ وَالتَّقْدِيسِ، وَلَا تَغْفُلْنَ فَتَنْسَيْنَ الرَّحْمَةَ، وَاعْقِدْنَ بِالْأَنَامِلِ فَإِنَّهُنَّ مَسْئُولَاتٌ مُسْتَنْطَقَاتٌ

“Wahai para wanita mukminah, kalian harus rajin bertasbih, bertahlil, mensucikan nama Allah. Janganlah kalian lalai, sehingga melupakan rahmat. Kiralah dengan jari-jari kalian, kerana semua jari itu akan ditanya dan diminta untuk bicara.” [HR. Ahmad 27089, Abu Daud 1501, Turmudzi 3583, sanadnya dinilai hasan oleh Syuaib Al-Arnauth dan Al-Albani]. 


Hadis Nabi Kira Zikir Dengan Batu Kelikir


Hadits Abu Hurairah, dia berkata:


 كَانَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسَبِّحُ بِالْحَصَى

“Rasulullah bertasbih dengan menggunakan kerikil.” [HR Abu Al Qashim Al Jurjaani dalam Tarikh Jurjaan, no. 68. Dalam sanadnya terdapat Abdullah bin Muhammad bin Rabi’ah Al Qudami yang sering membuat hadis munkar dan maudhu. Didhaifkan oleh Syaikh Albani dalam Silsilah, no.1002].


Hadis tersebut PALSU. Tidak boleh dijadikan hujah atau sandaran bagi membenarkan penggunaan biji tasbih atau alatan seumpamanya.


Allahu a’lam



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments