OLEH: Ustaz Abid Annuriyy
Dalam Surah al-Mulk : ayat 16, dan 17, ALLAH menegaskan ketinggianNYA di atas langit yang ke tujuh, di atas segala makhluk, maha tinggi di atas langit.
أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَآءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الْأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ
“Apakah kamu merasa aman terhadap ALLAH yang di atas langit bahawa DIA menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga tiba-tiba bumi itu bergoncang.” (Surah al-Mulk: ayat 16)
أَمْ أَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَآءِ أَنْ يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِبًا... [الملك: 17]
“Atau tidakkah kamu takut kepada ALLAH yang di atas langit menghantar ke atas kamu batu-batu…” (Surah al-Mulk : ayat 17).
Fi dalam ayat ini bermakna ‘ala dan fawqa (di atas ). Fi al-sama’ في السماء bermakna fawqa al-sama’ فوق السماء.
Dalam dua ayat berturut-turut Allah menyebut sifat ‘uluww ZatNYA, di atas segala makhluk, di atas alam, berpisah dari segala makhluk Nya
Comments
Post a Comment