Fitnah Ke Atas Universiti Islam Madinah

 OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis

Alhamdulillah..

Allah rezeki kan dapat belajar di universiti terulung iaitu universiti Islam Madinah. Setakat berada di sana hampir 6 tahun, tidak kedengaran mana-mana para senior, para pensyarah yang mengajar kami untuk mengkafirkan ibu bapa kerana berbeza pandangan dalam beberapa isu adat masyarakat yang umum.

Begitu juga kami tidak diajar untuk berakidah tajsim ( menjisimkan) Allah mahupun tasybih ( menyerupakan Allah dengan makhluk).

Kami cuma diajar untuk lebih bertoleransi dalam berbeza pendapat, diajar mengajar ilmu berdasarkan dalil-dalil daripada Al-Quran dan As-Sunnah serta melazimi sunnah Rasulullah.

Apa yang keluar daripada mulut para masyaikh hanyalah dalil-dalil daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Hadith-hadith nabi yang sahih yang terlalu jarang kedengaran di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Kadangkala bila berbual dengan driver teksi yang mutowwa ( yang nampak alim) mereka pun berbual menggunakan dalil-dalil juga.

Alhamdulillah..

Akidah yang kami belajar pun, akidah yang berteraskan kepada dalil Al-Quran dan as-Sunnah. Itu yang kami pelajari sepanjang menuntut ilmu disana. 

Bab isu mazhab, para masyaikh disana cenderung kepada mazhab Hanbali didalam isu yang tiada dalil yang kuat. Tetapi tidak pernah meminta kami untuk menjadi pengikut Hanbali bahkan terus berpegang dengan mazhab di negara kita. Tidak ada diskriminasi sekiranya ada yang berpegang dengan mana-mana mazhab tatkala belajar di sana. 

Kawan-kawan kami yang daripada benua Afrika, terus dengan mazhab Maliki mereka sepertimana kami di Malaysia berpegang kepada mazhab Syafie.

Hanya Allah sahaja tempat mengadu atas segala fitnah yang ditaburkan buat para alumni dan juga pihak universiti kami.

[Gerakan PENA Malaysia]

Comments