Allah Di Arasy BUKAN Allah Di Mana-mana

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


ALLAH di atas langit di atas Arash, bukan tidak bertempat dan bukan di mana-mana.

Nabi Musa 'alayhis salam  juga mi'raj naik kepada ALLAH, lalu bermunajaat kepadaNYA sedangkan Dia di tempat NYA.

Allah berkata, 

وَقَرَّبْنَاهُ نَجِيّا

“Dan KAMI dekatkan ia (Musa) untuk bermunajat kepadaKU.” (Maryam: 52). 

Berkenaan ayat ini Mujahid berkata, 

بينَ السماءِ السابعةِ وبَيْنَ العَرْشِ سبعونَ ألفَ حجابٍ، فَمَا زَالَ يُقَرِّبُ موسَى عليهِ السلامُ حتى كانَ بَيْنَهُ وبينه حِجابٌ واحدٌ ، فَلَمَّا رَأَى مَكَانَهُ وسَمِعَ صريفَ القلمِ قال: رَبِّ أَرِنِيْ أَنْظُرْ إِلَيْكَ"

“Antara langit ketujuh dan arasy ada tujuh puluh ribu (70,000) hijab. Sentiasa lah DIA mendekatkan Musa kepadaNYA sehingga jarak antaraNYA dan Musa hanyalah satu hijab. Apabila Musa melihat TEMPATNYA dan mendengar suara penNYA, Musa berkata, ‘Wahai Tuhanku, izinkanlah aku melihat wajahMU.’ 

(HR al-Bayhaqi dengan sanad sahih). 

Lihat al-Tabari. Dalam al-Tabari disebutkan tambahan, “… hijab cahaya, hijab kegelapan, hijab cahaya dan hijab kegelapan.”

.

Al-Imam Hammad ibn Zayd

Hammad ibn Zayd (98-179H) berkata, 

هُوَ فِي مَكَانِهِ يَقْرَبُ مِنْ خَلْقِهِ كَيْفَ شَاءَ

“DIA di tempatNYA, mendekati makhlukNYA sebagaimana yang DIA kehendaki.”

Al-Imam Al-Tabari


Al-Tabari (224-310H) berkata, 

قال الطبري: "وقال آخرون: معنى ذلك: وهو العلي على خلقه بارتفاع مكانه عن أماكن خلقه، لأنه تعالى ذكره فوق جميع خلقه وخلقه دونه، كما وصف به نفسه أنه على العرش، فهو عال بذلك عليهم."

Berkata Ulama Tafsir yang lain, makna al-‘Aliyy itu ialah DIA MahaTinggi

di atas segala makhlukNYA dengan ketinggian tempatNYA dari segala tempat makhlukNYA kerana DIA di atas segala makhlukNYA, dan segala makhlukNYA di bawahNYA, sebagaimana yang DIA sifatkan diriNYA dengannya bahawa DIA di atas Arsy. Maka DIA tinggi dengan itu di atas mereka.” 

(Tafsir al-Tabari).

[Gerakan PENA Malaysia]

Comments