Jangan Sekadar Mendakwa Ahl al-Sunnah

OLEH: Ustaz Abid Annuriyy

Al-Imam ‘Abdullah ibn ‘Abd Rahman al-Darimi (181-255H) meriwayatkan dengan sanadnya bahawa ‘Abdullah bin Mas'ud radhiyallahu ‘anhu (wafat 32H) berkata;

إنَّكُمْ سَتَجِدُونَ أَقْوَامًا يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ يَدْعُونَكُمْ إِلَى كِتَابِ اللهِ وقَدْ نَبَذُوْهُ وَرَاءَ ظُهُوْرِهِمْ. فعَلَيْكُمْ بِالْعِلْمِ ، وإِيَّاكُمْ والتَّبَدُّعَ وإِيَّاكُمْ والتَّنَطُّعَ وإِيَّاكُمْ وَالتَّعَمُّقَ ، وعَلَيْكُم بِالْعَتِيْقِ.

"'... Kamu akan mendapati adanya golongan-golongan yang mendakwa bahawa mereka sedang menyeru kalian kepada Kitab Allah. Sedangkan mereka benar-benar telah mencampaknya ke belakang mereka.

Maka hendaklah kamu mendapatkan ilmu (al-Quran, hadith-hadith sahih dan kefahaman salaf) berpegang teguh dengannya.
Hendaklah kamu menjauhi perkara bid'ah atau mencipta bid’ah dan jauhilah kalian daripada tanattu' (sikap ekstrim dan menambah-nambah) dan jauhilah kalian daripada ta'ammuq (mendalam-dalamkan sesuatu perkara secara melampau).

Dan hendaklah kalian sentiasa berpegang kepada al-'atiq (peninggalan generasi terdahulu yakni al-Sunnah dan al-Salafiyyah)... "

[HR al-Darimi dan al-Lalaka'ie]

Telah terbukti kebenaran kata-kata hikmah Ibn Mas'ud ini. Betapa ramai mendakwa mengikuti aqidah Sunnah dan mengaku Ahl Sunnah, tetapi sebenarnya dusta, dakwaan kosong dan palsu. 

📚 Ahl al-Sunnah, mestilah menjauhi segala syirik dan bid'ah, melazimi hadith dan sunnah, meninggalkan aqidah ilmu kalam dan falsafah yang hanya menimbulkan fitnah (kesesatan). Ahl al-Sunnah mesti memiliki aqidah yang sahih dengan mengambilnya dari sumber-sumber yang sahih. 
.
Ramai yang mengajak kepada tawhid tetapi sebenarnya mereka mengajak kepada tawhid Ahli Kalam yang batil, mengajak kepada hukum al-Quran tetapi mereka sendiri sentiasa mengikuti hukum jahiliyyah dan sistem taghut. Mengajak kepada sunnah sedangkan mereka ahli syirik dan bid’ah jahmiyyah, 

Mengajak kepada negara islam, hudud, syariah, negara islam dan khilafah sedangkan mereka adalah mu’tazilah liberalis sesat. 

Mengajak kepada solat jamaah, ibadah dan akhlak, memakai slogan ‘dakwah dan tabligh’ tetapi sebenarnya mereka maturidiyyah jahmiyyah, sufiyyah turuqiyyah zanadiqah, pengikut ibn ‘arabi dan quburiyyah. 

Ada (prosunnat) yang mengajak kepada Sunnah dan salafiyyah sedangkan mereka murji’ah jahmiyyah mendiamkan syirik-syirik dan ahli syirik atau mempertahankan ahli syirik, jahil tawhid, meremehkan pengajian tawhid dan kitab-kitab aqidah salaf serta mengutuk salafiyyin. 

Mengajak kepada jihad sedangkan mereka sendiri mu’tazilah atau khawarij, beraqidah rosak. 

Mengajak kepada tawhid, tetapi sebenarnya tawhid jahmiyyah mu’tazilah dan rafdh (penentangan terhadap Sahabat Nabi) seperti Ahbash.



[Gerakan PENA Malaysia]

Comments