Kebenaran Itu Adalah Apabila Aqidah dan Ibadah Benar-Benar Mengikuti Al-Quran, Hadith dan Ijma'

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


Kebenaran itu adalah apabila aqidah dan ibadah benar-benar mengikuti al-Quran, Hadith dan Ijma’. Ada pun sangkaan-sangkaan dan taqlid (ikut-ikutan) semata-mata, itu bukanlah kebenaran. Sangkaan adalah kejahilan dan kesesatan. Aqidah diambil dari nas, bukan dari ijtihad ‘aqli, sangkaan, emosi atau ikut-ikutan atau nenek moyang. 


Mengambil wali-wali, orang-orang salih dari keturunan nabi, nabi-nabi sebagai perantaraan dalam doa adalah syirik. 


Musyrikin Arab memohon dari ruh suci malaikat, nabi-nabi, anak-anak Nabi dan orang salih agar menyampaikan hajat-hajat mereka kepada Allah, kerana menyangka syafaat (kabel) mereka diterima Allah, kerana mereka adalah kekasih Allah dan dekat kepadaNYA, tetapi itu adalah syirik akbar yang tidak dimaafkan oleh Allah, tetap Allah menamakan mereka musyrikin, kuffar dan pendusta besar. 


Musyrikin Arab merasa diri jauh dari Allah, lalu mereka meminta dari para malaikat, ruh suci para nabi, wali dan orang salih mendekatkan mereka kepada Allah, lalu Allah menamakan pendusta dan kafir. Niat mereka baik mahu dekat kepada Allah dan disayangi Allah, tetapi Allah menghukum mereka sebagai musyrikin. 


Menunjukkan bahawa wajib berdoa terus secara langsung kepada Allah tanpa perantaraan. Wajib beribadah dan berzikir Kepada Alah tanpa pernataran tok-tokguru., tanpa membayang wajah guru atau wajah nabi. Tanpa menyebut “…dengan barakat dan kemuliaan Nabi, demi kemuliaan dan keagungan waliMU fulan…”


Datang kepada kubur Nabi saw, meminta Nabi saw agar berdoa kepada Allah untuk kita, adalah syirik akbar. Wajib setiap muslim dan muslimah berdoa terus kepada Allah, “…ya Allah, ya Allah, ya rabb, ya rabb…”

Adakah orang yang sesat dan melakukan syirik akbar kerana jahil itu dimaafkan? Tidak dimaafkan. Semoga Allah menyelamatkan kita dari kejahilan dalam tawhid dan syirik, memelihara kita dari tergelincir ke dalam syirk akbar tanpa sedar.

[Gerakan PENA Malaysia]

Comments