Law Of Attraction Ialah Fizik Kuantum?

 OLEH: Ustaz Suhili Nain



Ini selalu orang jadikan alasan tetap berpegang dengan Law of Attraction, kononnya ia fizik kuantum.

======

Tersebar dalam laman sesawang Bahasa Inggeris, kata-kata daripada Albert Einstein yang seolah-olah menunjukkan beliau menyokong Law of Attraction. Persoalannya, adakah benar ini kata-kata Albert Einstein?

Menurut Quote Investigator Dot Com, ini bukanlah kata-kata Albert Einstein. Ia tidak wujud dalam buku yang menghimpunkan kata beliau secara komprehensif, iaitu The Ultimate Quotable Einstein, terbitan Princeton University Press.

https://quoteinvestigator.com/2012/05/16/everything-energy/

Kepalsuan sandaran kata-kata diakui juga dalam satu perbincangan dalam forum Fizik. https://www.physicsforums.com/.../einstein-misquoted.583449/

Kata-kata ini sebenarnya daripada Darryl Anka dalam laman sesawang Bashar Dot Com.

https://www.bashar.org/ yang mana Darryl Anka mengakui bahawa ia daripada kata-kata Bashar.

Siapa Darryl Anka dan Bashar ini?

Darryl Anka adalah pengamal ilmu Channeling (dalam bahasa kita Menurun) dan dia mendakwa berhubung dengan makhluk asing Multi Dimensi daripada masa depan bernama Bashar. 

Ilmu menurun? Makhluk asing multi dimensi daripada masa depan? Benarkah itu makhluk asing masa depan ataupun entiti lain? 

Jika di nusantara ini, ilmu menurun diamalkan oleh golongan bomoh. Jin dijemput dengan cara tertentu untuk merasuk ke dalam badan, kemudian mula mendakwa itu dan ini serta pelbagai perkara ghaib.


[Gerakan PENA Malaysia]

Comments