Ustaz Mohib Khouli Memburuk-burukkan Arab Saudi

 OLEH: Ustaz Idris Sulaiman


#UMK Membuat tuduhan liar 

#Keliru tentang isu menghadkan penggunaan pembesar suara masjid 

# Arab Saudi tempat akan berlaku jahiliah?

Banyak tuduhan-tuduhan beliau terhadap Arab Saudi bersifat melampau dan melulu. 

Beliau mengambil rujukan daripada laporan akhbar BBC (syarikat penyiaran British) tentang isu Arab Saudi menghadkan penggunaan pembesar suara di luar masjid supaya ia digunakan hanya untuk azan dan iqamat lalu beliau memberi komentar yang mengelirukan kerana gagal memahami isu sebenar. 

Beliau menimbulkan persepsi seolah-olah azan tidak lagi dibenarkan dilaungkan secara kuat di Arab Saudi termasuklah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi kerana para ulama di sana sudah rosak dan telah menjual agama mereka. Banyak lagi tuduhan-tuduhan jelek beliau. 

Sebagai bukti pembohongan beliau, berikut adalah laungan azan Subuh di Masjidil Haram, Mekah dan di Masjid Nabawi, Madinah pada hari ini, Selasa, 16 Jun 2021:

https://www.youtube.com/watch?v=Z4n4agiYsp8 

https://www.youtube.com/watch?v=tSXVf-GPKAc 

Baru-baru ini Kementerian Agama di Arab Saudi mengarahkan supaya dihadkan penggunaan pembesar suara di luar masjid untuk azan dan iqamat sahaja. 

https://www.moia.gov.sa/MediaC.../News/Pages/11101442_2.aspx 

Untuk makluman, negeri Selangor telah lama mendahului Arab Saudi dalam penetapan ini. Arahan DYMM Sultan Selangor – semoga Allah terus memelihara Baginda -  menyatakan “Penggunaan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah di seluruh Negeri Selangor hendaklah dihadkan di dalam bangunan masjid dan surau sahaja dan tidak di luar kawasan masjid dan surau KECUALI untuk laungan azan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Larangan ini adalah bagi memelihara imej agama Islam yang mementingkan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.” 

https://www.facebook.com/selangorroyaloffice/posts/279118002581387 

Walau bagaimanapun, paling mengejutkan UMK berkata “Di situ (Arab Saudi) tempat akan berlaku jahiliah!”. 

Kenyataan ini mirip apa yang dikatakan oleh Said Qutub, tokoh Ikhwan Muslimin dan pembawa ideologi takfir dari Mesir yang berkata:

البشرية عادت إلى الجاهلية، وارتدّت عن لا إله إلا الله. 

- في ظلال القرآن، 2/1057

“Manusia telah kembali ke zaman jahiliah dan telah murtad daripada lailahaillallah.” 

Sedar atau tidak, ini merupakan ucapan takfir ke atas sesama saudara Muslim.

Hakikatnya daripada rakaman ini, UMK telah menyingkap topeng sebenar beliau sebagai Ikhwani pembenci Arab Saudi yang sanggup melemparkan bermacam-macam tuduhan dan persepsi buruk terhadap Arab Saudi gara-gara kebencian beliau terhadap negara berkenaan, lebih-lebih lagi setelah ulama besar di sana mengeluarkan fatwa yang menyesatkan kumpulan Ikhwan Muslimin ini. 

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10221060143085082&id=1588241794 

Rakaman penuh UMK memburuk-burukkan Arab Saudi: 

https://m.facebook.com/Mohib-Khouli-428146253999079/

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan hidayah. 


[Gerakan PENA Malaysia]

Comments