OLEH: Ustaz Idris Sulaiman
# RIBA Haram
Sekiranya hanya jumlah wang yang dipinjam sahaja yang perlu dibayar semula maka ia dibenarkan oleh syariat Islam.
Adapun sekiranya jumlah wang yang perlu dibayar semula adalah melebihi jumlah wang yang dipinjamkan maka ia merupakan RIBA.
Pinjaman wang menurut Islam adalah satu bentuk ihsan yang bertujuan untuk membantu dan berbuat baik kepada sesama manusia. Malah ia merupakan ibadah jika diniatkan kerana Allah ﷻ.
Maklum bahawa rata-rata mereka yang meminjam adalah kerana kesusahan ketiadaan wang. Islam mengajar supaya dibantu orang yang dalam kesusahan.
Maka pinjaman sama sekali tidak boleh dijadikan sebagai satu perniagaan untuk mengaut keuntungan.
Pinjaman sedemikian merupakan RIBA. Dan tercelanya RIBA antaranya kerana pemberi pinjaman memilih untuk mengambil kesempatan atas kesusahan para peminjam bagi memerangkap dan menindas mereka. Jelas ia merupakan perbuatan zalim yang tidak berperikemanusiaan.
Tidak hairanlah mengapa Islam mengharamkan RIBA dan melarangnya dengan sekeras-kerasnya.
Sehinggakan kedua-dua mereka yang memakan RIBA (pemberi pinjaman) dan orang yang memberi makan RIBA (peminjam) dilaknat dan dimurkai ALLAH ﷻ.
Nabi ﷺ bersabda:
لَعَنَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آكِلَ الرِّبَا، وَمُؤْكِلَهُ، وَكَاتِبَهُ، وَشَاهِدَيْهِ.
“RASULULLAH ﷺ melaknat orang yang memakan RIBA, orang yang memberi makan RIBA, penulisnya (perjanjian transaksinya) dan kedua-dua saksinya”.
Sahih. Riwayat Muslim.
Besarnya dosa RIBA sehinggakan sekecil-kecil dosanya ialah lebih berat daripada 36 kali zina dan yang paling ringan ialah seperti berzina dengan ibu sendiri!
Usahlah kita memandang RIBA remeh dan kecil, kelak di akhirat kita rugi dan menyesal.
TERCELANYA RIBA:
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10219338130875853&id=1588241794
CATATAN:
Sebahagian pihak melakukan tipu helah dengan mengubah nama dan cara bentuk transaksinya bagi menghalalkan RIBA. Mereka menambah dosa atas dosa.
[Gerakan PENA Malaysia]
Comments
Post a Comment