OLEH: Ustaz Muhammad Fahmi Rusli
Antara ciri seseorang yang sangat kuat beribadah ialah dia banyak berdoa kepada Allah SWT.
Abu Al-Darda’ R.A meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa baginda bersabda :
كَانَ مِنْ دُعَاءِ دَاوُدَ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَىَّ مِنْ نَفْسِي وَأَهْلِي وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ
Maksudnya : Antara doa Daud ialah katanya : Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu cinta-Mu, (aku turut memohon) cinta mereka yang mencintai-Mu, (serta aku memohon) amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, Kau jadikanlah mencintai-Mu itu lebih aku sukai berbanding diriku sendiri, ahli keluargaku, serta air yang sejuk.
Lalu kata Abu Al-Darda’ R.A : Rasulullah SAW apabila menyebut tentang Daud (A.S) saat menceritakan peribadinya, baginda berkata :
كَانَ أَعْبَدَ الْبَشَر
Maksudnya : Beliau (Nabi Daud AS) merupakan manusia yang sangat kuat beribadah.
Riwayat Al Tirmizi (3490).
Comments
Post a Comment