Kisah Pelanggan

 OLEH: Ustaz Abu Sufian bin Shafie

الحمد لله الذي بنعمت تتم الصالحات 

Saya ingin nasihatkan anak muda yg menceburkan diri dalam perniagaan jalanan seperti saya agar bersabar dan menjaga tingkah laku dengan pelanggan.. 

Sebagai peniaga, tidak sepatutnya kita letakkan gelaran buruk kepada pelanggan seperti pelanggan cerewet, pelanggan kedekut dan sebagainya.. 

Semua pelanggan yang mampu membayar adalah pelanggan yg harus kita jaga. Dan memang tugas kita untuk menghadapi ragam manusia, cuba memuaskan hati pelanggan dan cuba menyelesaikan masalah pelanggan.. 

Sebagai contoh, ada seorang pelanggan membeli barang dari kami yang bernilai RM 10, dan kami caj C0D sebanyak RM 5 (untuk perjalanan sejauh 100km, nilai itu amat berpatutan).

Pelanggan tu kata, mahal sangat caj RM 5..beli barang baru RM 10, caj lagi dah jadi RM 15.

Saya pun tawarkan kepada dia,  "Saya offer puan free caj C0D, tetapi boleh tak puan tanya jiran atau saudara terdekat, ada tak nak selit 0rder sekali.. Nanti kami boleh hantar"..

Dia setuju, dan dalam tempoh tak sampai 1 jam, dah banyak order yg dia kumpulkan.. Ada yang order cempedak, manggis, rambutan, buah perah, jeruk kundang dan pelbagai jenis hasil laut yang lain.. 

Semua pembayaran ikut online..dan saya beritahu, semua barang ini saya tinggalkan di rumah puan, nanti diorang yg 0rder akan pick up sendiri.. 

Kita tak mahu nanti semua pelanggan ni berkerumun dekat kami, demi menjaga SOP di musim wabak ini.. 

Akhirnya, urusniaga yang sepatutnya RM 15, dah jadi ratusan ringgit.. 

Pelanggan tadi yang hanya ingin membeli RM 10, tiba-tiba menambah lagi order.. Dia geram tengok aneka barangan dalam kereta saya.. Total semua hampir RM 70, dan saya hadiahkan 2kg rambutan sebagai penghargaan kpd dia yang tolong kumpul 0rder tadi.. 

Nampak?.. Mudahkan jika kita selalu positif.. Allah pasti akan buka pintu rezeki yang tidak disangka-sangka. 

Sudah 12 jam saya tak makan apa-apa.. Cuma minum air sahaja sepanjang berniaga hari ini.. Singgah jap dalam rok tepi pantai, makan nasi kukus F1 Seberang Takir. 


[Gerakan PENA Malaysia]



Comments