Sah Tak Wudhuk Jika Tangan Ada Dakwat Pen?

 OLEH: Abdullah Izzat

Menurut Shaykh Ahmad al-Shatiri dalam kitab beliau; Nayl al-Raja' Sharh Safinat al-Naja', dalam berwuduk, wajib untuk membuang apa sahaja penghalang air yang berada di atas anggota wuduk seperti kotoran yang selain peluh dan ia mudah untuk dibuang.


Kalau ia susah untuk dibuang, atau kalau ia peluh, tak apa kalau ia tak dapat dibuang. Ia tidak merosakkan wuduk tersebut.

Jadi bila baca perenggan ini saya teringat masa sekolah rendah dulu, ada ustazah saya kata, kena buang setiap halangan-halangan air wuduk, walaupun dakwat pen atau liquid paper yang agak sukar untuk dibuang. Sehinggakan kalau tertinggal walau sebesar hujung jarum, tak sah wuduk. Jenuh 😅.

Update: Setelah diterangkan lagi oleh Ustaz Asrie Sobri; syarat untuk dimaafkan halangan tersebut adalah ia tetap tak keluar walaupun telah dicuci bersungguh2. Kalau dah tonyoh dengan sabun apa semua pun tak hilang, maka ia dikira sebagai "halangan yang susah untuk dibuang" dan dia dimaafkan.


[Gerakan PENA Malaysia]

Comments