Turki dan Israel Bersetuju Untuk Mengeratkan Hubungan Dua Hala

OLEH: Ustaz Idris Sulaiman


# Turki Penyelamat Umat Islam?

# Munafik Talam Dua Muka 

# Celarunya Pemikiran Ikhwani

Baru-baru ini Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan menghubungi rakan sejawatannya dari Israel untuk membincangkan langkah-langkah memperbaiki hubungan dua hala antara kedua-dua negara itu. Sektor pelancongan dan perdagangan dilihat antara bidang yang seharusnya diberi fokus. Erdoğan turut mengucapkan tahniah kepada Isaac Herzog, presiden Israel yang baharu itu.  

Sumber: https://www.hurriyetdailynews.com/amp/turkey-israel-agree-to-work-towards-improving-relations-akp-166333?fbclid=IwAR1JA2jdKAdtu_wNAL3grkWybIGhAI7Yr3J7K6_c6_ExQq3iy-oKfOU3FnIKeakraban Hubungan Turki- Israel



--------------------- 

Turki sering disebut-sebut sebagai pejuang dan penyelamat umat Islam terutamanya dalam konflik di Palestin dan apabila dibandingkan dengan Arab Saudi yang dituduh sebagai tali barut Israel dan topeng Yahudi walhal sebaliknya lebih tepat. 

Seperti mana Malaysia, Arab Saudi tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel dan ia konsisten memperjuangkan isu rakyat Palestin dan mengkritik penindasan Yahudi ke atas mereka. 

Adapun Turki, hanya dua bulan lepas Presidennya mengutuk serangan Israel dan berjanji untuk terus bersama masyarakat Islam yang diserang oleh Yahudi itu. Adapun pentaksub-pentaksub, mereka sampai menyebarkan desas-desus bahawa Turki sedang menghantar tenteranya ke Gaza bagi melenyapkan negara haram Yahudi itu dari peta dunia. Realitinya indah khabar dari rupa. 

CATATAN:

Inilah propaganda bagi mengelirukan umat Islam dan antara mereka yang terlibat menggerakkannya ialah golongan Ikhwani pro Turki dan anti Saudi yang melaungkan 'Jahanam Israel' . Umat Islam seharusnya sedar permainan ini. 



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments