Bahaya Mengikuti Pemimpin Jahil atau Ulama Syirik

OLEH: Ustaz Abid Annuriyy

Kejahilan seseorang dalam tawhid tidak dimaafkan dan pasti diazab.

 Melakukan syirik kerana tersalah, tersesat atau jahil tetap tidak dimaafkan dan tidak diuzurkan, bahkan tetap diazab, kerana ALLAH menegakkan hujjah dengan mengutuskan rasul dan menurunkan kitabNYA

Firman Allah menjelaskan keadaan para pengikut dan pemimpin mereka yang menyesatkan dalam Api Neraka Jahannam. 

يَوۡمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمۡ فِي ٱلنَّارِ يَقُولُونَ يَٰلَيۡتَنَآ أَطَعۡنَا ٱللَّهَ وَأَطَعۡنَا ٱلرَّسُولَا۠

Pada masa muka mereka dibolak-balikkan dalam Api Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya), “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. (66)

وَقَالُواْ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعۡنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۠

Dan mereka berkata lagi, “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi ketua-ketua dan orang-orang besar (ulama) kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.” (67)

رَبَّنَآ ءَاتِهِمۡ ضِعۡفَيۡنِ مِنَ ٱلۡعَذَابِ وَٱلۡعَنۡهُمۡ لَعۡنٗا كَبِيرٗا

“Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatlah mereka dengan sebesar-besar laknat!” (68)

 (al-Ahzab: 66-68). 

Ini berkaitan syirik ketaatan dan mahabbah.



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments