OLEH: Abdullah Izzat
Ada satu kali sorang student ni dia menumpang naik kereta Shaykh al-Albani dan Shaykh al-Albani dia bawak kereta memang laju.
Jadi student ni dia kata kat Shaykh: "Ya syeh, mana boleh bawak laju lagu ni, Shaykh ibn Baz kata bawak laju lagu ni adalah mencampakkan diri dalam kebinasaan".
Shaykh al-Albani ketawa lepas tu dia kata: "Fatwa ni dari orang yang tak reti bawak kereta".
Student tu tanya: "Nak saya habaq kat Shaykh ibn Baz ka"?
Shaykh al-Albani jawab: "Habaq pi la".
Student tu pon jumpak dengan Shaykh ibn Baz kat Mekah pastu dia pon habaq apa yang jadi tu kat dia.
Shaykh ibn Baz pon gelak pastu dia kata: "Fatwa ni dari orang yang tak pernah bayaq diyat [kalau dia terlanggaq orang]".
Malaih nak terjemah formal, kita cuba terjemah kot bahasa kedah pulak. Haha.
Rujukan: al-Imam al-Albani; durusun, wa mawaqifu wa 'ibarun (m/s 108) oleh Shaykh Abdul Aziz al-Sadhan.


Comments
Post a Comment