OLEH: Ustaz Abid Annuriyy
Tidak harus mengatakan bahawa "fulan atau fulanah di dalam syurga" secara spesifik dan pasti.
Al-Imam Abu ‘Uthman al-Sābūnī al-Shāfi'ī berkata,
.
وَيَعْتَقِدُ وَيَشْهَدُ أَصْحَابُ الْحَدِيْثِ أَنَّ عَوَاقِبَ الْعِبَادِ مُبْهَمَةٌ ، لَا يَدْرِيْ أَحَدٌ بِمَا يُخْتَمُ لَهُ ، وَلَا يَحْكُمُوْنَ لِوَاحِدٍ بِعَيْنِهِ أَنَّهُ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَلَا يَحْكُمُوْنَ عَلَى أَحَدٍ بِعَيْنِهِ أَنَّهُ مِنْ أَهْلِ النَّارِ، لِأَنَّ ذَلِكَ مُغَيَّبٌ عَنْهُمْ ، لَا يَعْرِفُوْنَ عَلَى مَا يَمُوْتُ عَلَيْهِ الْإِنْسَانُ بِمَ ، وَلِذَلِكَ يَقُوْلُوْنَ: إِنَّا مُؤْمِنُوْنَ إِنْ شَاءَ اللهُ.
Ashab al-Hadith (Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah) meyakini dan menyaksikan bahawa hasil akhir kehidupan para hamba adalah perkara ghaib. Seseorang tidak mengetahui bagaimana ia mengakhiri hidupnya.
.
وَلَا يَحْكُمُوْنَ لِوَاحِدٍ بِعَيْنِهِ أَنَّهُ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَلَا يَحْكُمُوْنَ عَلَى أَحَدٍ بِعَيْنِهِ أَنَّهُ مِنْ أَهْلِ النَّارِ،
Mereka tidak menghukum (tidak menentukan secara spesifik) seseorang itu bahawa dia penghuni syurga dan tidak menghukum seseorang itu (secara tepat dan pasti) bahawa dia penghuni neraka, kerana itu merupakan perkara ghaib (melainkan yang disebutkan namanya oleh Rasulullah saw).
.
لِأَنَّ ذَلِكَ مُغَيَّبٌ عَنْهُمْ ، لَا يَعْرِفُوْنَ عَلَى مَا يَمُوْتُ عَلَيْهِ الْإِنْسَانُ بِمَ
Mereka tidak mengetahui dengan apa seseorang insan itu mati (mengakhiri hidupnya dengan keimanan atau dengan kekufuran atau nifaq).
Oleh kerana itu mereka (ASWJ) mengatakan, "sesungguhnya kami beriman in sha’a Allah" (ertinya: termasuk dari mukminin yang mengakhiri hidup dengan kebaikan, in sha’a Allah).
(al-Imam al-Sabuni, ‘Aqidah al-Salaf wa Ashab al-Hadīth, ms 82)

Comments
Post a Comment