Kenapa Zubair bin Awwam Kurang Riwayatkan Hadith?

 OLEH: Taufiq Tuah


Zubair bin Awwam sahabat yang termasuk di dalam 10 orang dijamin syurga.  Beliau digelar Hawari Rasulullah ﷺ  dan salah seorang dari sepuluh sahabat yang dijamin Syurga.


Beliau masuk Islam ketika umur lapan tahun. Beliau antara sahabat yang sedikit meriwayatkan hadis. 


Abdullah bin Zubair r.a pernah bertanya bapanya iaitu Zubair :


‎إني لا أسمعك تحدث عن رسول الله صلى الله عليه وسلم كما يحدث فلان وفلان؟

Sesungguhnya aku tidak selalu mendengar engkau (wahai bapaku) meriwayatkan hadis daripada Rasulullah ﷺ  seperti fulan dan fulan meriwayatkannya (mengapa)?.


Jawab Zubair r.a :

‎أما إني لم أفارقه،ولكن سمعته يقول:

Adapun aku, TIDAK PERNAH AKU  BERPISAH DENGANNYA (Rasulullah ﷺ ) akan tetapi aku mendengar baginda bersabda:


‎من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار 

" Sesiapa yang BERDUSTA KE ATASKU DENGAN SENGAJA MAKA PERSIAPLAH TEMPAT DUDUKNYA DI NERAKA " 

[ HR Al-Bukhari ]


Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah:

‎وفي تمسك الزبير بهذا الحديث على ما ذهب إليه من إختيار قلة التحديث دليل للأصح في أن الكذب هو الإخبار بالشيء على خلاف ما هو عليه سواء كان عمدا أم خطأ.

Berpegang teguhnya Zubair dengan hadis inilah yang menjadi sebab (utama) beliau memilih untuk meriwayatkan hadis secara sedikit,(ianya) menjadi dalil kepada (pendapat) yang lebih sahih bahawasanya PENDUSTAAN itu ialah MENCERITAKAN SESUATU YANG MENYALAHI apa yang MERUPAKAN ASALNYA sama ada ianya SECARA SENGAJA ataupun akibat TERSALAH. 

[ Fathul Bari 1/200 ]


Hebatnya akhlak Zubair, sekali-kali tidak menggunakan kedudukannya sebagai untuk menyandarkan sesuatu kepada Rasulullah ﷺ demi menjaga ketulenan disiplin agama ini. 

Semoga Allah menjaga kita daripada sifat sesuka hati menyampaikan hadith palsu.

Gambar hiasan semata-mata

POCAST TENTANG ZUBAIR AL-AWWAM 


[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments