OLEH: Abu Aqif
Semalam kebanyakan khutbah Jumaat di masjid-masjid di seluruh Melaka mengingatkan jemaah dengan satu hadis tentang mencintai Nabi ﷺ.
Hadis ini diulang semula dalam kuliah Subuh Imam 1 Masjid Al-Muhaimin, Bemban, Melaka, Datuk Abu Bakar bin Sahari. Hadisnya iaitu,
Rasulullah ﷺ dalam hadis Anas bin Malik, beliau berkata:
قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا بُنَيَّ إِنْ قَدَرْتَ أَنْ تُصْبِحَ وَتُمْسِيَ لَيْسَ فِي قَلْبِكَ غِشٌّ لِأَحَدٍ فَافْعَلْ ثُمَّ قَالَ لِي يَا بُنَيَّ وَذَلِكَ مِنْ سُنَّتِي وَمَنْ أَحْيَا سُنَّتِي فَقَدْ أَحَبَّنِي وَمَنْ أَحَبَّنِي كَانَ مَعِي فِي الْجَنَّةِ
Rasulullah ﷺ berkata kepadaku: "Wahai, anakku! Jika kamu mampu pada pagi sampai petang hari di hatimu tidak ada sifat khianat pada seorangpun, maka perbuatlah,"
kemudian beliau ﷺ berkata kepadaku lagi: "Wahai, anakku! Itu termasuk sunnahku. Dan *barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mencintaiku. Dan barangsiapa yang telah mencintaiku, maka aku bersamanya di Syurga*." [HR at Tirmidzi, kitab al Ilmu, Bab Ma Jaa fil Akhdzi bi Sunnah Wajtinaab al Bida', no. 2678].
Sifirnya mudah, Nabi kata sesiapa yang menghidupkan sunnah Nabi itu adalah bukti bahawa orang itu mencintai Nabinya.
Dan orang yang mencintai Nabi itu pula, Nabi kata Nabi akan bersama dengan dia di Syurga kelak.
Maksudnya apa? Maksudnya Nabi akan bersama dengan dia di Syurga paling tinggi!
Bagaimana kita nak tahu sunnah Nabi? Sudah tentulah dari hadis-hadis Nabi yang sahih. Bukan dari amalan-amalan yang direka-reka.
Kata imam yang autentik, yang ori punya 👍
الله أعلم.
[Gerakan PENA Malaysia]
Comments
Post a Comment