Sahabat Nabi Yang Melakukan Dosa?

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


Walau ada dalam kalangan Sahaabat Nabi yang melakukan dosa besar, mereka telah bertaubat dan segala dosa para sahabat telah diampunkan Allah. 

Segolongan zanadiqah (seperti Ahbash) mengatakan bahawa Mu’awiyah, Khalid dan beberapa Sahabat Nabi adalah fussaq dan tidak termasuk dalam kalangan Sahabat. Mereka mendakwa Sahabat hanyalah golongan Sabiqun Awwalun sahaja. Pendapat ini batil, sesat, dan menyeleweng dari aqidah aswj. 

Allah telah mensifat kan para Sahabat Nabi semuanya sebagai golongan bertaqwa, melakukan ihsan, diampunkan dan akan dimasukkan ke dalam syurga. 

 وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَٰحِشَةً أَوْ ظَلَمُوٓاْ أَنفُسَهُمْ ذَكَرُواْ ٱللَّهَ فَٱسْتَغْفَرُواْ لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّواْ عَلَىٰ مَا فَعَلُواْ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

(آل عمران - 135)

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka segera ingat kepada Allah, lalu memohon ampun akan dosa-dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu sedang mereka mengetahui akan salahnya dan akibatnya. (135)

.

 أُوْلَٰٓئِكَ جَزَآؤُهُم مَّغْفِرَةٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَجَنَّٰتٌ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَا ۚ وَنِعْمَ أَجْرُ ٱلْعَٰمِلِينَ

(آل عمران - 136)

Orang-orang yang demikian sifatnya balasan mereka  ialah keampunan dari Tuhan mereka dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orangorang yang beramal (136)

(Āl 'Imran: 135-136)


Al-Imam al-Awza’ei berkata,

إِذَا رَأَيْتَ الرَّجُلَ يَتَنَقَّصُ مِنْ أَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ فَاعْلَمْ أَنَّهُ زِنْدِيْقٌ، وَذَلِكَ أَنَّ الرَّسُوْلَ عِنْدَنَا حَقٌّ، وَالْقُرْآنُ حَقٌّ، وَإِنَّمَا أَدَّى إِلَيْنَا هَذَا الْقُرْآنَ وَالسُّنَّةَ أَصْحَابُ الرَّسُوْلِ، وَإِنَّمَا أَرَادُوْا أَنْ يَجْرَحُوْا شُهُوْدَنَا لِيُبْطِلُوا الْكِتَابَ وَالسُّنَّةَ، وَالْجَرْحُ بِهِمْ أَوْلَى، وَهُمْ زَنَادِقَةٌ

“Apabila kamu lihat seseorang mencela sahabat Rasulullah saw maka ketahuilah ia seorang zindiq. Ini kerana Rasul itu di sisi kita adalah benar, al-Quran itu benar, yang menyampaikan al-Quran dan al-Sunnah ialah sahabat-sahabat Rasul. Sebenarnya mereka ingin menolak (mengkritik) saksi-saksi kita untuk membatalkan al-kitab dan al-sunnah. Menolak mereka lebih utama. Mereka itu zanadiqah.” (al-Khatib, al-Kifayah fi Ilm al-Riwayah, ms 97)



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments