Doa Untuk Kebaikan dan Keberkatan Kereta dan Kenderaan?

 OLEH: Dr. Fadlan Mohd Othman



Bacalah doa ini yang diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ 

وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَمِنْ شَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ

Allahumma inni as’aluka khairaha wa khaira ma jabaltaha alaih,

Wa a’uzu bika min syarriha wa syarri ma jabaltaha alaih.

Yakinlah bahawa dengan doa ini anda akan dapat keberkatan kerana doa ini diajar oleh insan yang penuh barakah iaitu Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam.




Nota 1: letak tangan kanan anda atas kereta dan baca doa ini.

Nota 2: Terjemahan hadis: dari Nabi ﷺ, beliau bersabda, "Apabila salah seorang diantara kalian menikah atau membeli budak maka hendaknya ia mengucapkan; ALLAAHUMMA INNII AS`ALUKA KHAIRAHAA WA KHAIRA MAA JABALTAHAA 'ALAIHI WA A'UUDZU BIKA MIN SYARRIHAA WA SYARRI MAA JABALTAHAA 'ALAIH (Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan sesuatu yang Engkau ciptakan dia padanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari keburukannya dan keburukan sesuatu yang Engkau ciptakan dia padanya). Dan apabila ia membeli unta maka hendaknya ia memegang punuknya dan mengucapkan seperti itu!"

Nota 3: punuk ertinya bonggol. 

Sekian dahulu, selamat beramal dengan Sunnah Nabi Sallallahu alaihi wasallam!


[Gerakan PENA Malaysia]

Comments