Hadis Sahih Syiah?

 OLEH: Ustaz Idris Sulaiman


Berbeza dengan Ahli Sunah, golongan Syĩaħ mempunyai kaedah mereka yang tersendiri bagi menentukan sama ada sesebuah hadis itu sahih atau tidak. 

Syĩaħ membahagikan hadis kepada sahih, dipercayai (muwath’thaq), lemah (daif) serta tertolak (mardud) atau palsu (makdhub).  

Bagi Syĩaħ hadis sahih ialah apa yang datang daripada riwayat Ahlul Bait dan menepati pegangan mazhab Syĩaħ. 

Manakala hadis yang dipercayai ialah apa yang datang daripada bukan Ahlul Bait tetapi menepati mazhab. 

Hadis yang lemah pula ialah apa yang datang daripada riwayat Ahlul Bait dan menyalahi mazhab. 

Hadis yang tertolak atau palsu ialah apa yang bukan daripada Ahlul Bait dan menyalahi pendirian mazhab. 

Jelasnya golongan Syĩaħ tidak mempunyai ilmu Mustalah Hadis bagi menentukan penerimaan sesebuah sanad atau matan dalam sesebuah riwayat ataupun ilmu al-Jarh Wa at-Ta’dil bagi menilai kedudukan perawi-perawi hadis sebagaimana yang ada di sisi Ahli Sunah. 

Sebaliknya penerimaan mereka kepada sesebuah hadis adalah bergantung pada sejauh mana ia menepati pegangan mazhab Syĩaħ. 

Maka hadis yang menyalahi mazhab akan ditolak walaupun ia daripada riwayat Ahlul Bait manakala hadis yang menepati mazhab akan diterima walaupun ia bukan daripada riwayat Ahlul Bait. 

- Al-Kasykuul, Syeikh Muhammad Umar Bazmuul, 177-178


CATATAN

Mengapa Syĩaħ tidak menggunakan rujukan kitab-kitab hadis Ahli Sunah seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan yang lain? 

Kerana Syĩaħ mengkafirkan Ahli Sunah (yang mereka panggil Nawasib). 

Kata tokoh Syĩaħ Nikmatullah al-Jazairi (mati 1701M) tentang Ahli Sunah:

“Mereka kafir dan najis menurut ijmak ulama Syĩaħ Imamiah, lebih keji daripada Yahudi dan Nasrani.”

[al-Anwaar an-Nu’maniyyah, 2/206-207] 

Inilah agama Syĩaħ yang sesat lagi batil. 


[Gerakan PENA Malaysia]



Comments