OLEH: Abu Aqif
Allah تعال berfirman,
هَذَا فَلْيَذُوقُوهُ حَمِيمٌ وَغَسَّاقٌ
"Inilah (azab neraka), biarlah mereka merasakannya, (minuman mereka) air yang sangat panas dan air yang sangat sejuk (ghossaq)." [QS. Shaad: 57].
Dalam Kamus Mu'jam Al-Arabiyyah Al-Mu'ashirah,
ماء منتن، ولكنه بارد.
"air yang busuk tetapi sejuk.”
Dalam kamus Kalimatul Quran,
صديد يسيل من أجسادهم وهو بارد بردا مؤلما
"Nanah (cairan menjijikan) yang mengalir dari jasad penduduk neraka dengan sejuk yang sangat dan menyeksakan."
Allah تعال juga berfirman,
لَا يَذُوقُونَ فِيهَا بَرْدًا وَلَا شَرَابًا (24) إِلَّا حَمِيمًا وَغَسَّاقًا (25) جَزَاءً وِفَاقًا (26)
"Mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya dan tidak (juga mendapat) minuman, selain air yang mendidih dan ghossaq, sebagai pambalasan yang setimpal." [QS. An Naba': 24-26].
Ibnu Abbas رضي الله عنهما berkata,
"Yang dimaksud 'ghossaq' adalah sejuk beku dari neraka, dan seseorang seperti terpanggang dengannya." [Latha'if Al-Ma'arif Ibnu Rajab hal. 326].
Ahli Tafsir Mujahid رحمه الله berkata,
هو الذي لا يستطيعون أن يذوقوه من برده
"Iaitu yang tidak mampu menahan rasa sejuknya." [Latha'if Al-Ma'arif Ibnu Rajab hal. 326].
Dari Ibnu Abbas رضي الله عنهما, Ka'ab pernah berkata,
إن في جهنمَ بردًا هو الزَّمهَرير ، يُسقِط اللحم عن العظم ؛ حتى يستغيثوا بِحرّ جهنم . أعاذنا الله وإياكم منها.
"Sesungguhnya di dalam Jahannam terdapat hawa sejuk yang disebut Zamharir. Hawa sejuk ini mampu membuat daging terlepas dari tulang belulangnya sehingga para penduduk neraka meminta minum dari panasnya api neraka. Semoga Allah melindungi kita darinya." [Hilyatul Auliya': 7640].
Dalam kamus Al-Mu'jam Al-Wasith,
الزَّمْهَريرُ : شِدَّةُ البرد .
"Zamharira adalah sejuk yang melampau."
Dalam Tafsir Al-Qurthubi,
ولا زَمْهَريراً ـ وهو البرد الشديد ـ فيؤذيهم بَردُها
"Zamharira iaitu sejuk yang keterlauan dan menyeksa mereka dengan kesejukannya." [Tafsir Al-Qurthubi 29/265].
Al-Hafidz Ibnu Hajar Al-Asqalani رحمه الله berkata,
والمراد بالزمهرير : شدة البرد
"Yang dimaksud dengan zamharir adalah sejuk yang melampau." [Fathul Bari 2/19].
Ibnu Abdil Barr رحمه الله berkata,
فما كان من برد يهلك شيئا فهو من زمهريرها،
"Sejuk yang mampu membinasakan sesuatu iaitu zamhari dari nereka." [At-Tamhid limaa fil muwatttha 5/8, Wizarah Al-Magrib, 1387 H, syamilah].
Maka dapat diketahui dari dalil-dalil ini bahawa neraka bukan sahaja panas. Neraka juga sejuk yang merupakan seksaan yang sangat pedih buat penghuninya. الله أعلم.
Neraka Bernafas
Rasulullah ﷺ bersabda,
اشْتَكَتْ النَّارُ إِلَى رَبِّهَا فَقَالَتْ رَبِّ أَكَلَ بَعْضِي بَعْضًا فَأَذِنَ لَهَا بِنَفَسَيْنِ نَفَسٍ فِي الشِّتَاءِ وَنَفَسٍ فِي الصَّيْفِ فَأَشَدُّ مَا تَجِدُونَ مِنْ الْحَرِّ وَأَشَدُّ مَا تَجِدُونَ مِنْ الزَّمْهَرِيرِ
Neraka mengadu kepada Rabbnya seraya berkata,
"Wahai Tuhanku, sebahagianku (api, -pent) saling memakan satu sama lain".
Maka neraka diizinkan untuk berhembus (bernafas, -pent) dua kali. Satu kali pada saat musim sejuk dan satu kali lagi pada saat musim panas.
Maka cuaca panas yang kamu rasakan (di dunia, -pent) merupakan hawa panas dari hembusan api neraka dan cuaca sejuk yang kamu rasakan merupakan hawa sejuk dari zamharir (hawa sejuk, -pent) neraka." [HR. Al-Bukhari no. 504 dan Muslim no. 977].
Mengenai nafas neraka musim sejuk dan musim panas, maka ini adalah makna hakiki (literal) bukan majas (kiasan) dan permisalan.
Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani رحمه الله berkata,
قال القرطبي : لا إحالة في حمل اللفظ على حقيقته ، قال : وإذا أخبر الصادق بأمر جائز : لم يُحتج إلى تأويله ،
"Al-Qurthubi berkata, tidak ada yang mustahil untuk memahami lafaz makna hakiki kerana diberitakan oleh yang terpercaya (Nabi ﷺ), tidak memerlukan takwil." [Fathul Bari 2/19].
Nota:
1. Dari penjelasan ini dapat kita ketahui bahawa cuaca panas dan sejuk di Bumi adalah pengaruh dari panas dan sejuknya Neraka.
2. Neraka bernafas dua kali. Nafas panas itulah mengapa terjadinya musim panas dan nafas sejuk itulah puncanya terjadi musim sejuk.
3. Walaupun Neraka adalah satu perkara ghaib di alam lain, ia tetap memberi kesan kepada manusia.
4. Cuaca panas dan sejuk sepatutnya dijadikan sebagai peringatan kepada manusia agar sentiasa bermuhasabah, memperbanyakkan amalan dan meninggalkan dosa-dosa agar kembalinya kita nanti bukanlah di Neraka.
5. Itu baru nafas Neraka, belum lagi dalam Neraka secara hakiki. Itupun hanya sekali nafas panas dan sekali nafas sejuk. Bagaimana jika 10 nafas? Bagaimana jika 100 nafas? 1000 nafas? Infiniti?
6. Sains sangat bagus dijadikan panduan namun kata putus segala sesuatu bagi umat Islam adalah dalil sahih dari Al-Quran dan As-Sunnah.
[Gerakan PENA Malaysia]
Comments
Post a Comment