OLEH: Abu Aqif
Imam al-Syaukani رحمه الله berkata,
"Para ahli tafsir berkata bahawa Allah تعال tidak mengutus seorang Nabi kecuali jika telah mencapai umur 40 tahun." [Tafsir Fathul Qadir: 5/18].
Para Nabi dan Rasul kebanyakan diangkat oleh Allah pada usia 40 tahun, seperti Nabi Muhammad, Nabi Musa, dan lainnya alaihim salatu wassallam, walaupun ada pengecualian sebahagian dari mereka.
Tidak akan berubah keadaan seseorang yang sudah mencapai umur 40 tahun sehingga datang ajalnya.
Ibrahim al-Nakhai رحمه الله berkata,
"Mereka berkata (yakni para salaf), bahawa jika seseorang sudah mencapai umur 40 tahun dan berada pada suatu perangai tertentu, maka dia tidak akan pernah berubah hingga datang kematiannya." [Lihat: al-Thabaqat al-Kubra: 6/277].
Di dalam Tafsir Ibnu Katsir, surah Al-Afkaf ayat 15-16 menyentuh perihal seseorang yang berumur 40;
"Iaitu akalnya sudah matang dan kefahamannya serta pengurusan dirinya sudah sempurna.
Menurut suatu pendapat, biasanya seseorang tidak berubah lagi dari kebiasaan yang dilakukannya bila mencapai usia 40 tahun.
Dihukum Pada Umur 40 Tahun
Abu Bakar Ibnu Iyasy mengatakan dan Al-A'masy, dan Al-Qasim ibnu Abdur Rahman, bahawa dia pernah bertanya kepada Masruq,
"Bilakah seseorang dihukum kerana dosa-dosanya?"
Masruq menjawab, "Bila usiamu mencapai 40 tahun, maka hati-hatilah kamu dalam berbuat sesuatu."
Maka, perlulah kita bermuhasabah apabila memasuki umur 40 tetapi masih terus melakukan dosa, dikhuatiri Allah telah pun menghukum kita ketika masih di dunia dengan melakukan perkara yang sia-sia dan tidak manfaat kepada diri sebagaimana kata 'Arif Al Yamani,
إن من إعراض الله عن العبد أن يشغله بما لا ينفعه
"Di antara tanda Allah berpaling dari seorang hamba, Allah menjadikannya sibuk dalam hal yang sia-sia." [Hilyatul Awliya', 10: 134].
Melakukan dosa tentulah perkara yang paling sia-sia buat diri seorang muslim.
Oleh sebab itu, disebutkan dalam doa,
إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
"Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." [QS. Al-Ahqaf: 15]
Ibnu Katsir رحمه الله berkata,
"Dan di dalamnya terdapat petunjuk bagi orang yang sudah berumur 40 tahun agar memperbaharui taubat dan inabah kepada Allah عز و جل serta bertekad tidak akan melakukan dosa lagi."
Dia harus terus meningkatkan taubatnya ketika umurnya memasuki 40 tahun sehingga tiba ajalnya.
Doa Ketika Umur 40 Tahun
Selain berwaspada dengan kelakuan, dianjurkan juga bagi seseorang yang sudah memasuki umur 40 agar berdoa seperti yang diajarkan Nabi ﷺ;
Doanya adalah:
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
"Robbi awzi’nii an asy-kuro ni’matakallatii an’amta ‘alayya wa ‘ala walidayya wa an a’mala shoolihan tardhooh, wa ash-lihlii fii dzurriyatii, inni tubtu ilaika wa inni minal muslimiin”
"Ya Tuhanku, tunjukanlah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri" [QS. Al-Ahqaf: 15].
الله أعلم
Kredit:
almanhaj.or.id
rumaysho.com
voa-islam.com
Comments
Post a Comment