Syirik Kerana Ulama dan Wali

 OLEH: Abū Zur'ah al-Rāzī


" Ya Allah, berilah kami rezeki menghafaz Al-Quran dengan berkat Abd Qadir al-jaylanī."

 Cara doa seperti ini adalah

A) syirik

B) bid'ah

C) tawhid

D) sunnah


Termasuk syirik taat (syirik akbar) bertaqlid fuqaha’ (Ulama), dengan mengikuti pendapat-pendapat mereka yang bertentangan dengan dalil-dalil, jika menepati dengan kehendak dan keinginan golongan tertentu. Seperti yang dilakukan oleh beberapa orang yang berpendidikan separuh masak, yang mencari-cari rukhsah.

Yang wajib ialah mengambil dari kata-kata mujtahid apa yang menepati dalil, dan membuang apa yang bertentangan dengan dalil.

Sekiranya bertaqlid kepada fuqaha’ (ulama’) dalam perkara yang menyalahi syariah adalah syirik akbar, bagaimana sekiranya bertaqlid kepada juhala’, bertaqlid kepada jahmiyyah kuffar, dan quburiyyah muysrikin. 


Syirik Tasarruf: iaitu i’tiqad (percaya) bahawa sesuatu selain Allah seperti sesetengah wali, alim ustaz atau imam atau orang salih atau nabi  bertindak terhadap alam atau mentadbir alam (yang mereka namakan sebagai imam-imam, shaykh-shaykh dan qutb-qutb atau ruh-ruh suci). Ini syirik akbar, kufr dan kesesatan. Tiada satu makhluk pun yang boleh melakukan sesuatu tasarruf (tindakan) atau tadbiran terhadap aam, kerana tasarruf dan tadbir hanyalah milik Allah satu-satuNYA. Allah sahaja yang boleh mengatakan “kun fa yakun (jadilah kamu, maka ia pun jadi).” 

إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ [(82) سورة يــس]

Sesungguhnya urusanNYA apabila DIA mahu akan sesuatu, DIA berkata, jadilah kamu, maka ia pun jadi. (Yasin: 82)

Atau percaya mereka itu diberikan keizinan oleh ALLAH untuk menguruskan alam atau mempunyai ta’thir (kesan), maka ini syirik akbar. Golongan seperti itu adalah kuffar lebih kufur dari musyrikin arab yang mengakui bahawa ALLAH sahaja yang mentadbir alam. ALLAH berfirman dalam surah Yunus ayat 31,

...وَمَنْ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ ، فَسَيَقُولُونَ اللَّهُ ، فَقُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ [يونس 31]

“…dan siapakah yang mentadbir urusan makhluk? Maka mereka akan berkata Allah, maka apakah mereka tidak bertaqwa.” (Yunus: ayat 31).

Atau mempercayai bintang-bintang atau planet atau sebagainya boleh memberi kesan terhadap kehidupan manusia. Atau percaya bahawa doktor, nabi, wali, atau ubat boleh menyembuhkan, semua ini adalah syirik akbar yang mengeluarkan dari islam. 



Termasuk makna la ilaha illā Allāh ialah

لا يُسْتَغاثُ إلَّا باللهِ
Tidak harus meminta pertolongan ketika susah melainkan kepada Allah

Bagaimana tergamak penceramah-penceramah mengharuskan istighathah meminta pertolongan dari orang yang telah mati atau dari makhluk ghaib seperti malaikat?

[Gerakan PENA Malaysia]



Comments