Syirik Quburiyyah

 OLEH: Abū Zur'ah al-Rāzī


Kemunculan Quburiyyah (fenomena pendewaan dan penyembahan kubur, memohon pertolongan dan barakah dari kubur-kubur) mula muncul dan tersebar pada abad keempat, setelah berlalunya tiga generasi pertama umat yang dipuji oleh Rasûlullâh sallallahu ‘alayhi wa sallam. 

Golongan quburiyyun membina masjid-masjid di atas kubur-kubur, kononnya untuk mendekatkan diri kepada Allah, dengan barakah wali-wali yang telah mati tersebut. Sedangkan Allah telah melaknat sesiapa yang sahaja mengambil kubur-kubur sebagai masjid dan tempat ibadah, dan mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk di muka bumi! 

Pada awalnya, quburiyyah dianuti oleh aliran Syiah (Rafidhah) sahaja. Kemudian, ketika aliran ini berjaya membina negara-negara kecil berasaskan ideology Syiah dan Batiniyyah, seperti rejim ‘Ubaydiyyah, Qarâmithah, dan Ismâ’iliyah, penyebaran amalan mengagungkan kubur-kubur kian meluas.

Penyebarannya kian bertambah apabila tariqat-tariqat Sufiyyah mengikuti tradisi Syiah (baca: bukan Ahlus Sunnah) ini. Hampir seluruh negeri kaum Muslimin terkena tempias keburukannya. Akibatnya, masyarakat merasa asing dengan petunjuk-petunjuk Nabi (Sunnah-sunnah) dan orang-orang yang komitmen dengannya.

Di Nusantara, masyarakat diajak untuk mengagungkan kubur, dengan pelbagai alasan seperti penghormatan tokoh dan mengenang jasa-jasa baiknya melalui upacara Hawl yang diadakan secara besar-besaran. Dicipta program-program ziarah makam-makam orang-orang yang dianggap sebagai wali dan keramat dan kubur-kubur tersebut dibanjiri peminat. Segolongan manusia memang berniat untuk mengunjungi kubur-kubur dengan harapan mendapat solusi bagi masalah hidup, kemudahan rezeki, kedatangan jodoh dan lain-lain. Diatakan, 4 juta manusia datang menziarahi kubur badawi di Tanta Mesir, si syiah batiniyyah yang dianggap wali. Wallâhul Musta’ân.

Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata, 

“Saya  tidak ketahui (adanya riwayat) dari seorang Sahabat Nabi, generasi Tabi’i atau seorang imam terkenal yang memandang disunnahkan mendatangi kubur untuk berdoa (di sisi kubur apalagi kepada penghuni kubur). Tiada seorang pun meriwayatkan sesuatu tentang itu, sama ada (riwayat) dari Nabi, Sahabat ataupun dari seorang imam yang terkenal”.

Ibn Taimiyyah rahimahullah menambahkan, 

“Kemunculan dan tersebarnya quburiyyah ketika pemerintahan Bani ‘Abbâsiyah menjadi lemah, umat saling berpecah-belah, banyak orang zindiq yang mampu memperdaya umat Islam, slogan ahli bid’ah menyebar pada zaman pemerintahan al-Muqtadir di penghujung tahun 300H. ketika itu, telah muncul Qarâmithah ‘Ubaidiyyah (Fatimiyyah Batiniyyah) di Moroko. Kemudian mereka menginjakkan kaki ke negeri Mesir…”. (Fatimiyyah 297-566H / 909-1171M)

Mereka membina kompleks pemakaman ‘Ali ibn Abi Talib di Najaf, padahal sebelumnya, tiada seorang pun yang mengatakan kubur  ‘Ali radhiyallahu ‘anhu berada di situ. ‘Ali dikuburkan di lingkungan istana di kota Kufah. Tujuan mereka ialah menghancurkan ajaran Islam yang berasaskan tawhîdullâh. Meruntuhkan tawhid, Sunnah dan syariah islam. 

Telah dimaklumi bhw tawhid adalah ifradullah bil ibadah, dua’, isti’anah, istighathah dan isti’azah wa tahkim shar’ih, menjadikan segala ibadah, untuk ALLAH shj satu-satunya, berdoa kpd Allah sahaja, isttinah, istighatah memeinta pertolongan ketika senang dan susah dari Alah shj, isti’azah billahi wahdah (memohon perlindungan dari Allah shj, satu-satunya, bukan kepada manaa-mana makhluk. hanya allah yang berkuasa memberi pertolongan, menunaikan, menghilangkan kesusahan, memberi manfaat dan mudarat. Memberik kekayaan atau kefaqiran. 

Selanjutnya, mereka mencipta banyak hadith palsu tentang keutamaan menziarahi kubur-kubur wali, berdoa dan solat di sana. Orang-orang zindiq ini dan para pengikut mereka lebih menghormati dan mengagungkan makam-maqam tersebut, berbanding masjid-masjid ALLAH. ini keran mereka meyaqini bahawa orang mati yang dikuburkan itu adalah wali-wali dan merupakan ruh-ruh suci yang mampu datang memberikan pertolongan apabila diseru. Ini semua adalah syirik akbar dan kufr riddah yang mengeluarkan dari islam.


Al-Hafiz al-Zahabi rahimahullah berkata, “Orang yang pertama kali menyusupkan bid’ah pengagungan kuburan ialah rejim ‘Ubaidiyyah (Fatimiyyah) di Mesir, Qarâmithah dan Syiah (yang jelas bukan termasuk Ahlus Sunnah).” (Siyar, 10/16)

Antara zindiq yang tegar mendakyahkan syirik quburiyyah ialah

Zainul asri ramli, ali zainal abidin alu hamid, nazrul nasir kedah, muhaizad, dan ramai lagi dari kalangan pondokiyyah, sufiyyah dan turuqiyyah musyrikin


[Gerakan PENA Malaysia]


Comments