Agama Kufur Itu Berbeza-Beza Atau Sama?

OLEH: Ustaz Idris Sulaiman.

AGAMA KUFUR ITU BERBEZA-BEZA ATAU SAMA? 

Firman Allah ﷻ: 

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمۡ.

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan reda terhadapmu sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu).”

[Al-Quran, al-Baqarah, 2:120]

Ramai daripada kalangan ulama fikah berhujah dengan firmannya:  

حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ.

“Sehingga engkau menurut agama mereka”

Perkataan ‘agama’ disebut dalam bentuk mufrad (satu) yang bererti bahawa semua kekufuran itu ialah satu agama. Ini sama seperti firmannya: 

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ.

“Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.”

[Surah al-Kafirun: ayat 4] 

Dalam ayat di atas Allah ﷻ tidak menyebut ‘Bagi kamu (wahai orang-orang kafir) agama-agama kamu’ dalam bentuk jamak (banyak) sebaliknya perkataan agama itu disebut secara mufrad (satu). 

Maksud di sini, sekalipun agama kufur itu ada banyak tetapi realitinya ia adalah sama. Sama dari sudut ia semua kufur. 

Justeru seperti mana agama yang benar iaitu Islam adalah satu, demikian halnya dengan agama kebatilan kufur itu pun satu walaupun ia datang dalam pelbagai nama dan rupa. 

Rujukan: Tafsir Ibnu Kathir.  

CATATAN: 

Alhamdulillah diberi layanan baik di Bukit Aman tadi. Terima kasih. Kesian Thalhah hp dirampas. Wallahul mustaan.

Idris bin Sulaiman 
Kuala Lumpur 
25 Jamadilakhir 1443H /
28 Januari 2022



Comments