Cukuplah Wahai Pemimpin Muslim...

OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis.

Bagi pemimpin Muslim, cukup-cukuplah hantar wakil Non Muslim berbangsa kaum tersebut untuk meraikan perayaan keagamaan mereka. Tidak perlu hingga kita sebagai muslim meraikan sambutan keagamaan mereka kerana jelas ianya bercanggah dengan akidah Islam itu sendiri.

Tolonglah alert bab akidah.

Inilah akibat bila pemimpin diambil daripada sistem demokrasi, mengagungkan demokrasi hingga mengabaikan akidah semata-mata untuk melonjakkan populariti dan disayangi oleh semua orang.

Akibatnya Islam dihina oleh penganutnya sendiri tanpa sedar. Umat Islam tidak merasai keindahan dan keizzahan Islam itu sendiri.

Allahul mustaan. 

Lebih bahaya lagi, para pengikut mereka yang taksub menganggap bahawa ianya dibolehkan didalam agama sedangkan sebenarnya ianya bertentangan dengan prinsip agama Islam sendiri.

Meraikan mereka cukuplah dengan menghantar wakil mereka dikalangan Non Muslim. Kita sendiri pun tidak memerlukan pemimpin Non Muslim untuk meraikan sambutan hari keagamaan kita, kenapa pula kita berlebihan terhadap bukan agama kita sendiri?

Toleransi hanyalah didalam bab pergaulan sesama manusia, bukan didalam bab akidah, anutan agama dan kepercayaan.

Di zaman Rasulullah lagi sudah ada agama-agama lain dan hari perayaan mereka, tetapi tatkala Rasulullah ditanya berkenaan perayaan agama lain, baginda melarang untuk menyambutnya sama sekali. 

Rasulullah berkata didalam hadith : 

من تشبه بقوم فهو منهم

Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia akan dibangkitkan dikalangan kaum tersebut ( HR Abu Daud. Syeikh al-Albani menyatakan bahawa sanad ini sahih ) 

Bahkan kesepakatan para ulama berkenaan haramnya menyambut perayaan agama lain ini telah termaktub didalam kitab. 

Hanya segelintir pandangan yang begitu lemah dan marjuh ( tertolak) pada ketika itu yang membolehkan, namun pandangan itu yang diambil untuk dilaksanakan pada masa kini.

Allahul mustaan.



Comments