Ketika Amanat Dikhianat.

OLEH: Shahrul Aiman.

Allah adalah sebaik-baik pelindung.

Ketika mana semua jabatan, pihak berkuasa dan pihak berwajib tunduk kepada dunia, mereka yang marhaen berasa seperti tidak ada tempat untuk berlindung. Sedangkan, pada awal kelahiran mereka, sehingga mereka menua, Allah adalah sebaik-baik pelindung bagi mereka.

Allah berfirman yang bermaksud:

"Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." al-Baqarah : 257.

Janganlah kaum muslimin itu merasa berputus asa, dengan tidak mendapat keadilan yang sepatutnya ketika hidupnya kerana kita akan diadili dengan sebaiknya di mahsyar kelak.

Allah berfirman yang bermaksud:

"Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?"
at-Tiin : 8.

Rujukan terjemahan: surah.my



Comments