Mengingkari Suatu Kemungkaran Bagaikan...

Oleh: Ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi

MENGINGKARI SUATU KEMUNGKARAN BAGAIKAN KAUM YANG BERADA DI ATAS DAN BAWAH (DALAM) BAHTERA 

Nabi ﷺ bersabda:

 مَثَلُ الْقَائِمِ عَلَى حُدُودِ اللَّهِ وَالْوَاقِعِ فِيهَا كَمَثَلِ قَوْمٍ اسْتَهَمُوا عَلَى سَفِينَةٍ فَأَصَابَ بَعْضُهُمْ أَعْلَاهَا وَبَعْضُهُمْ أَسْفَلَهَا 

"Perumpamaan orang yang menegakkan hukum Allah dan orang yang terjerumus di dalamnya (kemungkaran) seperti suatu kaum yang berlayar dengan sebuah bahtera (kapal) lalu sebahagian dari mereka ada yang mendapat tempat di atas dan sebahagian lagi berada di bahagian bawahnya.

فَكَانَ الَّذِينَ فِي أَسْفَلِهَا إِذَا اسْتَقَوْا مِنْ الْمَاءِ مَرُّوا عَلَى مَنْ فَوْقَهُمْ فَقَالُوا  

Lalu orang yang berada di bawahnya apabila mereka ingin mengambil air, maka mereka hebdaklah melalui orang-orang yang berada di bahagian atas mereka. Mereka pun berkata:

لَوْ أَنَّا خَرَقْنَا فِي نَصِيبِنَا خَرْقًا وَلَمْ نُؤْذِ مَنْ فَوْقَنَا 

"Kalaulah boleh kita buat lubang (menebok) sahaja di bahagian kita (di bawah ini) supaya kita tidak mengganggu mereka yang berada di atas kita".

فَإِنْ يَتْرُكُوهُمْ وَمَا أَرَادُوا هَلَكُوا جَمِيعًا وَإِنْ أَخَذُوا عَلَى أَيْدِيهِمْ نَجَوْا وَنَجَوْا جَمِيعًا 

Jika orang yang berada di atas membiarkan sahaja apa yang dikehendaki orang-orang yang berada di bawah nescaya mereka akan binasa semuanya. Namun jika mereka mencegah dengan tangan mereka maka sudah pasti mereka akan selamat semuanya." (HR. Bukhari, no: 2313)



Comments