Pengharaman Merayakan Perayaan Musyrikin.

 OLEH: Ustaz Abu Azzam.


PENGHARAMAN MERAYAKAN PERAYAAN MUSYRIKIN. 
.
Haram mengucapkan tahniah, keselamatan dan kesejahteraan kepada musyrikin sempena perayaan mereka.
Seorang muslim dilarang mengucapkan tahniah atau selamat kepada orang kafir sempena perayaan mereka contohnya “Selamat Menyambut…” Itu lebih besar dosanya dari zina, membunuh dan minum arak.

Al-Imam Ibn Qayyim berkata, 
.
وأما التهنئة بشعائر الكفر المختصة به فحرام بالاتفاق مثل أن يهنئهم بأعيادهم وصومهم فيقول عيد مبارك عليك أو تهنأ بهذا العيد ونحوه فهذا إن سلم قائله من الكفر فهو من المحرمات وهو بمنزلة أن يهنئه بسجوده للصليب بل ذلك أعظم إثما عند الله وأشد مقتا من التهنئة بشرب الخمر وقتل النفس وارتكاب الفرج الحرام ونحوه 
.
“Adapun memberi ucapan tahniah kepada syiar kekufuran, maka itu adalah haram secara ittifaq (ijma’) seperti mengucapkan tahniah kepada sambutan perayaan mereka atau puasa mereka. Seperti ia mengucapkan ‘selamat hari raya’ atau tahniah sempena raya ini’, dan lain-lain. (Ini kufr akbar)!
.
Maka ini seandainya si pengucap tidak menjadi kafir, tetapi ia masih tetap melakukan sesuatu yang haram seperti mana ia mengucapkan tahniah atas sujudnya (penyembahannya) kepada salib. Bahkan mengucapkan tahniah kepada perayaan kafir lebih besar dosanya daripada ucapan tahniah kepada peminuman arak, pembunuhan, perzinaan dan seumpamanya. 
.

Ramai orang yang kurang pengetahuan agama (atau yang tidak mengagungkan islam dalam dirinya) terjebak dalam keadaan seumpama itu. 
Barangsiapa yang mengucapkan tahniah kepada orang lain yang melakukan bid’ah, maksiat atau kekufuran, sebenarnya ia telah mendedahkan dirinya untuk ditimpa kemurkaan Allah S.W.T. 
Ramai di kalangan ahli wara’ tidak mengucapkan tahniah kepada pemerintah yang zalim, serta orang-orang yang jahil yang menjawat jawatan qadhi, guru dan mufti kerana menjauhkan diri mereka daripada ditimpa kemurkaan Allah S.W.T.” 
.
(Ahkam Ahl al-Dhimmah).



Comments