Qudwah Salafi Ialah Rasulullah.

OLEH: Ustaz Idris Sulaiman. 


Qudwah Salafi ialah Rasulullah ﷺ.

Baginda ﷺ fokus membetulkan akidah masyarakat dan membasmi hal-hal syirik sepanjang dakwah di Mekah dan Madinah. Tiada walau satu pun berhala dalam Kaabah yang dibiarkan semasa peristiwa Pembukaan Mekah melainkan ia dirobohkan.

Qudwah Haraki ialah Dzul Khuwaisirah al-Munafik.

Dialah individu yang menegur Rasulullah ﷺ semasa baginda ﷺ sedang membahagikan harta sedekah dengan berkata “Wahai Rasulullah (dalam riwayat lain: Wahai Muhammad), berlaku adillah!” Nabi ﷺ membalas “Awas! Siapa pula yang akan berlaku adil jika aku tidak. Sungguh engkau telah celaka dan rugi jika aku tidak berlaku adil!” Omar al-Khattab R.A. meminta izin untuk memenggal kepalanya tetapi dilarang oleh Rasulullah ﷺ kerana mudarat lebih besar yang akan timbul.

----------------------------

Haraki ialah kumpulan-kumpulan Islam yang berorientasikan politik merebut kuasa dan jawatan seperti Ikhwan Muslimin dan yang lain.

Qudwah ialah ikutan.



Comments