Semoga Allah Senantiasa Merahmati Ibu Saya.

OLEH: Abdullah Izzat.

Saya ingat lagi, masa umur saya sekitar darjah 2 (8 tahun), pada suatu pagi saya buka TV dan ada siaran kartun disiarkan di channel Cartoon Network. 

Tak silap saya ada disiarkan kartun Power Puff Girls dan disiarkan tentang episod Valentines Day. Juga ketika iklan disiarkan pun, disiarkan berkenaan dengan Valentines Day. Itulah pertama kali saya didedahkan tentang Valentines Day. Saya anggap itu satu hari yang istimewa yang perlu diraikan. 

Jadi berbekalkan dengan "ilmu baru" itu, kebetulan ibu saya baru sahaja keluar dari biliknya dan duduk di sebelah saya. Terus saya ucapkan kepada beliau: "Happy Valentines Day Umi". Dengan harapan beliau gembira. 

Tapi sebaliknya yang berlaku. Beliau terus kata (dengan nada yang penuh kasih sayang): "Eh tak boleh ucap tu, tu hari perayaan orang kafir. Jangan ikut orang kafir. Jangan cakap dah tau". 

Maka terus tertanam dalam "core memory" saya bahawa apa-apa perayaan orang kafir, jangan sesekali sambut. 

Alhamdulillah, ibu saya - walaupun beliau belum didedahkan dengan salafi ketika itu, sekadar awam sahaja - telah menyelamatkan akidah saya. 

Ada beberapa iktibar yang boleh diambil dari kisah ini sepanjang saya teringat tentang peristiwa ini:

1) TV (atau media massa) merupakan pintu utama masuknya segala macam syubhat dalam rumah kita. Seeloknya buang segala pintu-pintu syubhat ini, minimakan mana yang mampu. Kawal mana yang boleh. 

2) Anak kecil sangat mudah termakan dengan syubhat, dan juga sangat mudah untuk dibentuk kembali. Jadi sebaiknya jangan bagi syubhat itu masuk dulu, tanam aqidah yang sahih pada anak-anak sebelum apa-apa syubhat masuk. Tapi kalau dah masuk, buang cepat2, terus betulkan. 

3) Nak jadi ibu bapa, haruslah berilmu. Kena bersedia untuk tangkis syubhat2 yang berpotensi untuk menceroboh masuk ke dalam keluarga kita. Jangan biarkan anak2 terdedah, tanam aqidah yang benar kepada mereka dari kecil. Laksanakan amar makruf nahi mungkar dengan sebaik2nya. 

Semoga Allah senantiasa merahmati ibu saya, mengganjari beliau dengan sebaik-baik ganjaran. Moga2 pahala ilmu yang bermanfaat ini berterusan mengalir kepada beliau. Allahumma amin.



Comments