Doa Mustajab Ketika Hampir Berbuka Puasa?

OLEH: Ustaz Idris Sulaiman

# Meluruskan salah faham

Dianjurkan bagi orang yang berpuasa supaya memperbanyakkan doa sepanjang hari dia berpuasa berdasarkan sabda Nabi ﷺ: 

ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ.

“Tiga (golongan) yang doa mereka tidak akan ditolak.”

Kemudian Nabi ﷺ menyebutkan salah satu golongan tersebut ialah: 

الصَّائِمُ ‌حَتَّى ‌يُفْطِرَ.

“Orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka.” 

Hadis sahih. Riwayat Tirmizi dan yang lain. 

Maka andaian sebahagian pihak bahawa waktu mustajab doa orang yang berpuasa ialah ketika waktu hampir berbuka adalah tidak tepat. 

Sebaliknya orang yang berpuasa sepanjang harinya ialah waktu mustajab doa termasuklah ketika waktu hampir berbuka. 

Catatan: 

Faedah Syeikh Saleh al-Osaimi hafizahullah, al-Madinah an-Nabawiyyah. 


[Gerakan PENA Malaysia]


Comments