Masjid Tersilap Laung Azan Maghrib Awal, Adakah Puasa Ahli Kariah Terbatal?

OLEH: Ustaz Idris Sulaiman

Puasa mereka sah, tidak terbatal.

Mereka telah berbuka puasa kerana meyakini bahawa waktu Maghrib sudah masuk berdasarkan azan yang dilaungkan di masjid.

Sekalipun ternyata kemudian azan tersebut dilaungkan beberapa minit awal sebelum masuk waktu tetapi realitinya ini merupakan kesilapan daripada muazin; bukan kesilapan ahli kariah.

Justeru mengapa pula ahli kariah perlu dibebankan atas kesilapan muazin?

Ini kerana akhirnya satu persoalan yang perlu dijelaskan dalam hal ini iaitu adakah azan yang dilaungkan di masjid boleh diyakini dan dijadikan panduan dalam berbuka puasa atau tidak?

Tentu sahaja boleh, jika tidak maka buat apa azan dilaungkan?

Sekiranya dibuka ruang keraguan dalam hal ini, natijahnya setiap kali azan masjid dilaungkan maka ia tidak akan membawa apa-apa erti kerana ahli kariah masih perlu memastikan ketepatan waktunya terlebih dahulu. Ini jelas batil.

Artikel Berkaitan:

Tersilap Berbuka Puasa Sebelum Masuk Waktu

Masjid Tersilap Laung Azan Maghrib Awal, Puasa Kariah Terbatal

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan panduan.




[Gerakan PENA Malaysia]


Comments