OLEH: Ustaz Muhammad Fahmi Rusli
Solat tarawih merupakan jihad malam. Pada perkataan jihad itu sendiri sudah menggambarkan bahawa pada terawih itu terdapatnya perah keringat dan kesungguhan.
Allah S.W.T berfirman :
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا
Maksudnya : Barangsiapa yang berjihad (bersungguh-sungguh melakukan ibadah) kerana Kami, nescaya Kami pasti akan memberikan petunjuk hidayah buat mereka kepada jalan-jalan Kami.
Surah Al-Ankabut (69)
Maka seseorang yang bermujahadah dalam melakukan solat tarawih, sama ada dengan tempoh masa yang panjang atau dengan bilangan rakaat yang banyak, nescaya Allah akan memberikan ketepatan kepadanya untuk memperoleh jalan yang lurus, tepat, dan selamat.
[Gerakan PENA Malaysia]
Comments
Post a Comment