Rahsia Solat Tarawih Dilakukan Sebanyak 20 Rakaat

 OLEH: Ustaz Muhammad Fahmi Rusli

Al-Imam Al-Khatib Al-Syirbini menukilkan kata-kata Al-Halimi yang menyebut :

والسر فِي كَونهَا عشْرين أَن الرَّوَاتِب المؤكدات فِي غير رَمَضَان عشر رَكْعَات فضوعفت لِأَنَّهُ وَقت جد وتشمير

Maksudnya : Rahsia solat tarawih itu berjumlah 20 rakaat ialah, solat-solat sunat rawatib yang muakkad pada selain bulan Ramadan adalah sebanyak 10 rakaat. Lalu ia digandakan (yakni solat tarawih sebanyak 20 rakaat) kerana ia merupakan waktu untuk bersungguh-sungguh dalam beramal.

Rujuk Al-Iqna’, Al Khatib (1/117) 

10 rawatib muakkad merujuk kepada :

- 2 rakaat sebelum subuh

- 2 rakaat sebelum zohor

- 2 rakaat selepas zohor 

- 2 rakaat selepas maghrib.

- 2 rakaat selepas isyak.



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments