OLEH: Ustaz Idris Sulaiman
AL-QURAN
# Ramadan bulan Al-Quran
Al-Quran merupakan kitab ALLAH yang paling mulia,
diturunkan dalam bahasa yang paling mulia,
ke atas rasul yang paling mulia ﷺ,
oleh malaikat yang paling mulia,
di tempat yang paling mulia,
dan dimulakan penurunannya pada bulan yang paling mulia iaitu Ramadan.
Justeru lengkaplah kemuliaannya dari segenap segi.
[Tafsir Ibnu Kathir, surah Yusuf, ayat 3]
BANYAKKAN DOA DI BULAN RAMADAN
# Doa orang puasa mustajab.
Firman Allah ﷻ:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ.
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (khabarkan kepada mereka): Sesungguhnya Aku (ALLAH) sentiasa hampir (dengan mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.”
[Surah al-Baqarah; 2:186]
Ayat di atas Allah firmankan sejurus selepas ayat tentang puasa Ramadan yang menunjukkan kaitan rapat antara kedua-duanya.
[Gerakan PENA Malaysia]
Comments
Post a Comment