Adakah Nabi Khidir Masih Hidup?

OLEH: Ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi


Imam Asy-Syinqiti r.h berkata:

“Hikayat orang-orang soleh tentang Nabi Khidir banyak sekali dan tidak terbatas, bahkan di antara mereka menganggap Nabi Khidir dan Ilyas selalu menunaikan ibadah haji setiap tahunnya, mereka meriwayatkan dari keduanya beberapa doa-doa, semua itu adalah baik. Namun sandaran perkataan mereka tersebut sangat lemah; kerana sebahagian besar hikayat itu berasal dari orang-orang yang diragui kesolehannya, atau berdasarkan mimpi-mimpi, atau beberapa hadis yang disandarkan kepada Rasulullah dari Anas dan yang lainnya, dan semuanya lemah tidak dapat digunakan sebagai dalil (hujah) yang kuat.

Yang paling nampak bagi saya, setelah mendalami masalah ini melalui beberapa dalil, bahawa Nabi Khidir sudah meninggal dunia, kesimpulan ini berdasarkan beberapa dalil, di antaranya:


Pertama:

Keumuman firman Allah yang menyatakan:

وما جعلنا لأحدٍ من قبلك الخلد أفإن مت فهم الخالدون (سورة الأنبياء: 34)

 “Dan Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia sebelum engkau (Muhammad); maka jika engkau wafat, apakah mereka akan kekal?” (Al-Anbiya’ : 34)


Kedua:

Hadis Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- :

اللهم إن تهلك هذه العصابة من أهل الإسلام لا تعبد في الأرض (رواه مسلم )

“Ya Allah, jika Engkau menghancurkan pasukan ini yang berasal dari kaum muslimin, maka tidak akan ada lagi orang yang menyembah kepadaMu di bumi.” (HR. Muslim)


Ketiga:

Khabar dari Rasulullah - shallallahu ‘alaihi wasallam- bahawa pada hujung 100 tahun nanti termasuk sejak malam hari dimana baginda menyampaikan hadis tersebut, semua orang yang hidup pada malam itu akan meninggal dunia semuanya. Jika Nabi Khidir dianggap masih hidup, maka dia tidak akan datang terlambat setelah 100 tahun di atas.

Muslim bin Hajjaj berkata, bahawasanya Abdullah bin Umar berkata:

صلى بنا رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات ليلة صلاة العشاء في آخر حياته فلما سلم قام فقال: " أرأيتكم ليلتكم هذه فإن على رأس مائة سنة منها لا يبقى ممن هو على ظهر الأرض أحد ، قال ابن عمر : فوهل الناس في مقالة رسول الله  صلى الله عليه وسلم تلك فيما يتحدثون من هذه الأحاديث عن مائة سنة وإنما قال رسول الله  صلى الله عليه وسلم : " لا يبقى ممن هو اليوم على ظهر الأرض أحد يريد بذلك أن ينخرم ذلك القرن . " 

“Setelah Rasulullah - shallallahu ‘alaihi wasallam- mendirikan solat isyak dengan kami pada suatu malam pada akhir-akhir masa hidup baginda, ketika baginda mngucapkan salam, seraya baginda berdiri dan bersabda: “Tidakkah kalian melihat pada malam hari ini, sesungguhnya pada penghujung 100 tahun sejak malam ini, tidak akan ada seseorang yang akan tetap hidup di muka bumi”. Ibnu Umar berkata: Maka masyarakat terkejut dengan pernyataan Rasulullah –shallallahu ‘alaihi wasallam- tersebut, mereka membicarakannya tentang hadis 100 tahun di atas. Padahal sesungghnya Rasulullah –shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda: “Tidak akan ada seseorang yang akan tetap hidup di muka bumi, yang dimaksudkan adalah berlalunya abad tersebut.”.”


Keempat:

Bahawa kalaulah Nabi Khidir masih hidup pada zaman Nabi Muhammad –shallallahu ‘alaihi wasallam- nescaya dia akan termasuk dari pengikut baginda, dan akan menolongnya, berperang bersamanya; kerana baginda -shallallahu ‘alaihi wasallam- diutus kepada bangsa manusia dan jin.” (Adhwa-ul bayan: 4/178-183).



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments