Berhari Raya Mengikut Kebanyakan

OLEH: Ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi

Nabi ﷺ bersabda:
 الصَّوْمُ يَوْمَ تَصُومُونَ وَالْفِطْرُ يَوْمَ تُفْطِرُونَ وَالْأَضْحَى يَوْمَ تُضَحُّونَ 
 “Berpuasa itu pada hari kalian berpuasa dan berbuka (yakni hari raya puasa) itu pada hari dimana kalian semua berbuka (berhari raya), demikian juga dengan Aiduladha, iaitu pada hari kalian semuanya berkorban.” (HR. Tirmizi: 633) 

Berkata Syeikh Uthaimin rahimahullah:
“Sebahagian Ulama berpendapat bahawa jika thabit rukyah hilal di sebuah negeri maka thabit hukumnya ke seluruh negeri, dan sebahagian yang lain berpandangan tidak thabit hukumnya di negeri yang nampak hilal dan yang sama tempat terbit dgn negeri itu, pendapat ini lebih sahih, tetapi perintah ini ditujukan kepada pemerintah, adapun manusia mereka mengikut pemerintah masing-masing” (Majmu' Fatawa wa Rasa-il, 19/61-62)

Beliau juga berkata:
“Dan perkara-perkara yang ada padanya takwil dan ikhtilaf dalam kalangan ulama jika dilakukan oleh pemerintah, tidak halal bagi kita melawannya dan menyalahinya...” (Majmu' Fatawa wa Rasa-il, 8/660)
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah dalam menjelaskan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang disepakati, berkata:
وَيَرَوْنَ إِقَامَةَ الْحَجِّ وَالْجِهَادِ وَالْجُمَعِ وَالْأَعْيَادِ مَعَ الْأُمَرَاءِ أَبْرَارًا كَانُوا أَوْ فُجَّارًا
“Dan mereka (Ahli Sunnah) berpandangan wajibnya mendirikan Haji, Jihad, Jumaat, dan Perayaan-perayaan (dua hari raya) bersama dengan pemerintah sama ada mereka itu baik mahupun fajir (fasiq).” (Al-`Aqidah Al-Wasitiyyah)


[Gerakan PENA Malaysia]

Comments