Imam Muslim R.A Wafat Kerana Kurma?

 OLEH: Taufiq Tuah

Imam Muslim wafat pada usia 57 tahun. Sebelum wafat, beliau mengalami sakit perut setelah penat dan makan kurma.

Kisahnya, sewaktu beliau mengajar, ada murid menanyakan sebuah hadith yang beliau belum mengetahuinya. Beliau terus masuk ke bilik dan semalaman mencari hadith itu.

Ketika meneliti hadith tersebut, ada yang menghadiahkan beliau beliau kurma. Sambil meneliti semalaman, beliau menghabiskan satu per satu kurma tersebut.

Paginya, Imam Muslim menemukan hadith tersebut. Tapi beliau dah mula sakit perut. Sebahagian ulama menyebutkan dua hal itu sebagai faktor penyebab sakitnya. Iaitu kepenatan dan makan kurma tersebut.

Akhirnya Imam Muslim wafat pada Ahad petang, 4 Rajab 261 Hijriyah. Beliau dimakamkan keesokan harinya, 5 Rajab 261. Begitu banyak orang yang datang untuk turut solat jenazah dan memakamkan.

Tinggal lah legasi murid dan kitab beliau sebagai warisan dan manfaat untuk generasi mendatang. Sehingga hari ini, Imam Muslim tetap menjadi rujukan.

Kenapa pula kurma menjadi asbab, ada yang berpandangan beliau sebenarnya terlebih 'dose' memakan kurma. Menunjukkan bahawa walaupun sesuatu makanan itu baik, namun tetap juga ada kadar yang tertentu dalam pengambilannya.

Walaupun sekarang ni dah senang nak cari kurma, lagi² cuma tekan je link https://widurionline.com.my/ atau whatsapp je http://www.wasap.my/+6011-10108179/OrderKurma dah boleh order. Tapi kita kena berpada-pada.

Semoga Allah merahmati Imam Muslim dan mengira segala jasanya sebagai amal-amal soleh.


Wallahualam

[Gerakan PENA Malaysia]

Comments