Tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyyah

OLEH: Ustaz Idris Sulaiman

- Syeikh Nazim al-Haqqani 

- Dulu sesat kini mahu dibenarkan pula


Pada tahun 2002, Tarekat ini difatwakan sesat oleh Kerajaan Malaysia kerana membawa fahaman yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunah Wal Jemaah. 

https://efatwa.muftiwp.gov.my/.../da96060caee058985ac7487...? 


Antara fahaman sesat Tarekat ini ialah: 

- Fahaman Wahdatul Wujud, Nur Muhammad, Martabat Tujuh serta Pluralisme;

- Berpegang kepada hadis-hadis palsu;

- Bertawassul dengan guru, syeikh atau ulama yang sudah meninggal dunia;

- Mengamalkan ‘Rabitah’  

(membayangkan wajah guru semasa solat); 

- Mendakwa bahawa setiap khalifah Tarekat dilantik oleh Rasulullah ﷺ termasuklah Syeikh Nazim sendiri;

- Mengamalkan konsep Yaqazah kononnya amalan Tarekat diterima langsung daripada Nabi ﷺ secara sedar dan jaga. 

-------------------

Kesesatan Tarekat Naqsyabandiah al-Haqqani: 

https://www.youtube.com/watch?v=1IOdEeYBCIY

-------------------

Dukacitanya kini kesucian bulan Ramadan seperti hendak dinodai apabila ada tangan-tangan ghaib yang mahu mensucikan Tarekat ini agar ia dibenarkan untuk diamalkan di negara ini. 

https://www.sinarharian.com.my/.../Dibenar-amal-Tarekat... 

Daripada Allah ﷻ jua kita memohon keselamatan dan perlindungan. 



Kesesatan Tariqat Naqsyahbandi: LINK

[Gerakan PENA Malaysia]



Comments