Masuk Syurga Tanpa Hisab

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


Golongan yang masuk syurga tanpa hisab dan tanpa azab ialah yang tidak meminta dijampikan, tidak berubat menggunakan kayy (api), tidak tatayyur (tidak percaya kesialan), dan bertawakkal penuh kepada Allah.[1]


Khulasah masuk tanpa hisab ialah

i. Tauhid yang sempurna, rububiyyah, uluhiyyah, asma dan sifat, seperti kefahaman salaf, bersih dari syirik besar dan kecil, bid’ah aqidah dan amalan, khurafat-khurafat, jampi-jampi serapah, perdukunan dan perbomohan,

ii. sangat sabar ketika sakit dan musibah sepanjang hayat, seperti seorang sahabiyyah yang dijanjikan Nabi dengan syurga tanpa hisab

iii. bersih dari tatayyur (kesialan), amalan serta pemikiran jahiliyyah, Iman seperti iman Nabi dan Sahabat.

iv. Banyak berzikir kepada Allah (al-mufarridun), sentiasa menuntut ilmu, memelihara solat jamaah dan jumaat, selalu menghisab diri, makanan, minuman, pakaian, lidah, dan anggota, abid, faqir, zahid dan sabar, tawakkal yang sempurna, dan wara’.

v. Sangat cepat bersolat dan berjihad, berdakwah, berkata benar, tidak meminta-minta, syahid, menunaikan zakat, takut kepada allah dengan banyak berpuasa, solat malam bersama isteri, isteri yang taat, ahli ilmu, ahli hadith, orang sakit berpanjangan,

vi. Wara’ lidah dan tangan, warak mata, kemaluan, warak dalam makan minum dan pakaian, memelihara solat di awal berjama’ah,

vii. Sangat berbakti kepada ibubapa, dan suka membantu menunaikan keperluan manusia,

viii. Mengajak kepada tawhid, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah munkar, lalu mati dalam keadaan berdakwah seperti Habib al-Najjar dalam surah Yasin,

ix. benar iman tidak percaya sial, tidak mencuri, tidak meminta dijampikan, yaqin bertawakkal kepada Allah,

x. Sabar menanggung bala, penyakit, sabar ketika perang, gangguan dan kefaqiran, sabar dalam dakwah sepanjang hayat, bersih hati tiada ghish kepada seorang muslim pun,

xi. ahli al-Quran iaitu wali-wali sabiqun bilkhayrat, muqarrabun iaitu orang-orang yang menghabiskan hidupnya melaksanakan segala kewajipan, dan mustahabbat (amalan-amalan sunat), meninggalkan muharramat (segala perkara yang diharamkan) dan makruhat, serta sebahagian yang mubahat (harus), banyak muraqabah dan khawf, dan ridha dengan qadha’.

xii. Segera menerima dakwah, berhijrah dari negara kafir, berjihad lalu mati syahid seperti ‘Ukkasha ibn Mihson al-Asadi r.a. (Lihat dalil-dalilnya dalam Jalan Ke Syurga Menurut Ahli Hadith, Ustaz Abid Annuriyy, ms 64-73).

[1] Untuk masuk syurga tanpa hisab boleh dilihat sirah ‘Ukkashah ibn Mihson al-Asadi, yang termasuk golongan sabiqun awwalun, berhijrah ke Madinah, menyertai semua peperangan bersama Rasulullah saw. ‘Ukkashah wafat dibunuh oleh Tulayhah.


[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments