Orang-Orang Mu'min Melihat Allah Di Akhirat Dengan Mata Kasar

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


Al-Imam al-Shafiei berkata, tentang firman Allah, 

كَلَّآ إِنَّهُمْ عَن رَّبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ لَّمَحْجُوبُونَ

“sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka (orang-orang kafir) pada hari itu, terhijab dari melihat Tuhan mereka (wajah Allah).” (al-Mutaffifin: 15). 

Al-Imam al-Shafi’i berkata, “Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa pada Hari Qiyamat ada golongan yang tidak terhijab iaitu orang-orang beriman, mereka melihat kepada Allah, tidak sukar dan tidak bersesak-sesak. Apabila golongan yang dibenci terhijab dari melihatNYA, ini bermakna golongan beriman melihatNYA ketika DIA ridha.”


Al-Imam  Al-Hafiz Isma’il ibn ‘Abd al-Rahman berkata,

وَيَشْهَدُ أَهْلُ السُّنَّةِ أَنَّ الْمُؤْمِنِيْنَ يَرَوْنَ رَبَّهُمْ تَبَارَكَ وَتَعَالَى بِأَبْصَارِهِمْ ، وَيَنْظُرُوْنَ إِلَيْهِ عَلَى مَا وَرَدَ بِهِ الْخَبَرُ الصَّحِيْحُ عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيْ قَوْلِهِ (( إِنَّكُمْ تَرَوْنَ رَبَّكُمْ كَمَا تَرَوْنَ الْقَمَرَ لَيْلَةَ الْبَدْرِ)) وَالتَّشْبِيْهُ وَقَعَ لِلرُّؤْيَةِ بِالرُّؤْيَةِ، لَا لِلْمَرْئِيِّ، وَالْأَخْبَارُ الْوَارِدَةُ فِي الرُّؤْيَةِ مُخَرَّجَةٌ فِي كِتَابِ الانْتِصَارِ بِطُرُقِهَا. 

Ahl al-Sunnah bersaksi bahawa orang-orang beriman akan melihat Rabb mereka tabaraka wa ta’ala (pada Hari Qiyamat) dengan mata kepala mereka, dan memandang kepadaNya sebagaimana dalam hadith sahih (mutawatir), Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam bersabda, “Sungguh kalian akan melihat Rabb sebagaimana kalian melihat bulan purnama.” 

Keserupaan dalam hadith ini adalah cara melihatnya yang tidak mendapat kesulitan (berdesak-desakan), bukan yang dilihat (Allah dengan bulan purnama). 

Mereka juga menziarahi Allah dan berkata-kata denganNya. Firman Allah,

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ (22)، إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ (23)

“Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang beriman) berseri-seri. Kepada Tuhan mereka mereka melihat.” (al-Qiyamah: ayat 22-23).

إِنَّ الْأَبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ ، عَلَى الْأَرَآئِكِ يَنْظُرُونَ 

“Sesungguhnya orang-orang baik benar-benar dalam kenikmatan besar. Di atas kusyen-kusyen mereka melihat (Allah).” (Surah al-Mutaffifin: ayat 22-23). 

.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ قَيْسٍ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ (( جَنَّتَانِ مِنْ فِضَّةٍ آنِيَتُهُمَا وَمَا فِيهِمَا ، وَجَنَّتَانِ مِنْ ذَهَبٍ آنِيَتُهُمَا وَمَا فِيهِمَا ، وَمَا بَيْنَ الْقَوْمِ وَبَيْنَ أَنْ يَنْظُرُوا إِلَى رَبِّهِمْ ، إِلَّا رِدَاءُ الْكِبْرِيَاءِ ، عَلَى وَجْهِهِ فِي جَنَّةِ عَدْنٍ ))

Muslim meriwayatkan dengan sanadnya dari ‘Abd Allah ibn Qays, bahawa Nabi saw bersabda, 

“Ada dua taman syurga dari perak, bekas makanan dan minuman serta segala yang ada di dalamnya dari perak. 

Ada dua taman syurga diperbuat dari emas, bekas makanan dan minuman serta segala yang ada di dalamnya dari emas.

…Tiada yang menghalang kaum itu (orang-orang beriman) melihat kepada Tuhan mereka melainkan selendang keangkuhan di wajahNya dalam syurga yang kekal abadi.” 

(HR Muslim, Kitab al-Iman, bab ithbat ru’yat al-mu’minin fi al-Akhirah, hadith 270). 

Dalam satu riwayat, “Firdaws itu 4 jenis, 2 darinya dibina dari emas…”

Ini dalil yang mengithbatkan ru’yah dan ihtijab. “…Tiada yang menghalang kaum itu melihat kepada Tuhan mereka melainkan selendang keangkuhan di wajahNya dalam syurga yang kekal abadi” menunjukkan dekatnya orang- orang beriman kepada Allah. ASWJ beriman kepada ru’yatullah di dalam syurga, rida’ Allah dan wajahNYA tanpa takyif, tamthil, tahrif (ta’wil) atau ta’til. Apabila Allah ingin memberikan nikmat dan karamah kpd mu’minin, DIA membuka rida’NYA, lalu mereka melihat kepada wajahNYA. 


Adapun di dunia, manusia tidak akan melihat Allah sehingga mereka mati. Sesiapa yang mendakwa melihat Allah di dunia maka ia kafir. Dari ‘Ubadah ibn al-Samit r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda, 

إِنَّكُمْ لَنْ تَرَوْا رَبَّكُمْ حَتَّى تَمُوْتُوْا 

“Sesungguhnya kamu sekalian tidak akan melihat Tuhan kamu sehinggalah kamu mati.” 

(Hasan HR Ahmad dalam al-Musnad dan al-Sunnah, Ibn Abi ‘Asim, al-Lalikaei dan al-Ajurri. Hadith ini mempunyai shahid dari Ibn ‘Umar).

.

Golongan Jahmiyyah dan Mu’tazilah menafikan ru’yah. Menurut mereka mustahil melihat wajah Allah kerana sesuatu yang dilihat itu mestilah berjisim, mempunyai arah dan tempat. Kononnya menurut mereka, Allah maha suci dari jisim, tempat dan arah. Bahkan menurut Mu’tazilah, melihat wajah Allah sekiranya berlaku sekalipun ia bukanlah satu nikmat dan kelazatan! 

Pengikut jahmiyyah (Asha’irah) ada yang mengatakan harus melihat Allah di Akhirat tetapi bukan dengan mata kasar bahkan dengan bertambahnya ilmu dan yaqin atau idrak. Ini batil. Segolongan lain mengatakan Allah dilihat tetapi tanpa jisim, arah dan tempat juga tanpa muqabalah. Yakni tanpa kayf. Mereka semua dalam kesesatan, kekeliruan, kebingungan dan saling bercanggahan. Hakikatnya mereka menafikan ru’yatullah. 

Hadith ru’yah adalah mutawatir. 

Menafikan ru’yah, istiwa’, nuzul dan kalam setelah ditegakkan hujjah semuanya adalah kufr riddah, mengeluarkan seseorang dari islam. Sesiapa yang menafikan ru’yah maka dia adalah jahmi mu’tazili, kafir musyrik, tidak sah solat, sembelihan dan semua ibadatnya menurut ijma’. Wal ‘iyazu billah. 

[Gerakan PENA Malaysia]


Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments