Rad Ustaz Don: Cara-Cara Sambut Tahun Baru Hijrah?

 OLEH: Ustaz Idris Sulaiman


Jelasnya Ustaz Don Danial telah membuat rekaan baharu dalam agama dengan mencadangkan cara-cara tertentu menyambut tahun baharu Hijrah. 

Sambutan tahun baharu Hijrah itu sendiri tiada asasnya dalam agama. 

Inikan pula cara-cara tertentu untuk menyambutnya. 


Video boleh tonton di: https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/10224754834730064 

Batil. 

Malah berdosa besar diancam oleh Allah ﷻ sebagaimana dalam firmanNya: 

أَمۡ لَهُمۡ شُرَكَٰٓؤُاْ شَرَعُواْ لَهُم مِّنَ ٱلدِّينِ مَا لَمۡ يَأۡذَنۢ بِهِ ٱللَّهُ. 

“Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian daripada agama - sebarang hukum-hakam yang tidak diizinkan oleh Allah?”

[Al-Quran, al-Syura, 42: 21] 

Ini termasuklah mengada-adakan sambutan-sambutan keagamaan dengan cara-cara tertentu yang tidak diizinkan oleh Allah ﷻ. 

Perlu ditegaskan bahawa agama ini milik Allah ﷻ, bukan milik manusia. 

Segala apa amalan hendaklah mengikut kehendak Allah ﷻ berdasarkan apa yang disampaikan oleh RasulNya Muhammad ﷺ, bukan mengikut kehendak manusia berdasarkan apa yang diada-adakan serta ditokok tambah dalam agama. 

Mereka yang melakukan perubahan dalam agama akan dihalau daripada telaga haudh Nabi ﷺ di akhirat kelak. Nauzubillah. 

[Gerakan PENA Malaysia]


Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI



Comments