Bab Mubahalah

 OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis


Gambar hiasan


Bab mubahalah untuk urusan peribadi memang tiada didalam Islam. Adapun sumpah laknat hanya berlaku bila menuduh suami atau isteri berzina.

Ini bukan kerana trigger point ataupun apa tetapi lebih kepada menjelaskan keadaan buat mereka yang taksub kepada para pemimpin politik.

Para pemimpin politik yang disabitkan dengan kesalahan, mereka boleh bersumpah di mahkamah itupun atas arahan daripada para hakim.

Jikalau mereka merasakan diri mereka teraniaya, maka yang sewajarnya bagi mereka adalah berdoa kepada Allah SWT kerana doa orang yang dizalimi tiada hijab disisiNya.

Sejarah menunjukkan bahawa sumpah mubahalah yang dilakukan hanyalah atas urusan syariat atau agama. 

Sepertimana baginda Rasulullah lakukan pada Nasrani daripada kabilah bani Najran.

Bahkan ianya tidak terpakai didalam bab khilaf dan ijtihad. Jikalau didalam khilaf dan ijtihad yang memiliki kemaslahatan yang besar kepada agama pun tidak terpakai, apatah lagi kepada urusan peribadi, maka lebih-lebih lagi ianya tidak terpakai.

Hatta nabi sendiri tidak menggunakan kaedah sumpah mubahalah tatkala baginda di zalimi di Mekah oleh golongan kafir musyrikin dan di Thaif. Baginda hanya berdoa untuk golongan ini.

Itulah sewajarnya yang perlu dilakukan oleh mana-mana pihak yang teraniaya dan dizalimi kerana doa orang yang dizalimi tiada hijabnya disisi Allah. Tidak perlu menambah amalan-amalan baru seperti sumpah laknat, sumpah mubahalah dan seumpamanya.


[Gerakan PENA Malaysia]


Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments