Bantahan Terhadap Jahmiyyah Mushrikin.

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


Al-Imam al-Shafi’i (150-204H) berkata, 

“Dan sesungguhnya DIA turun ke langit dunia pada setiap malam, berdasarkan khabar Rasulullah saw.”

Turunnya ALLAH secara haqiqi dengan ZatNYA, bukan turun perintahNYA atau malaikatNYA. 

Turunnya ALLAH tidak sama dengan turunnya mana-mana makhluk.

ASWJ mengetahui dan beriman kepada makna turun, iaitu bergerak dari atas ke bawah. Mentafwid hakikat turunnya ALLAH kepadaNYA kerana DIA sahajalah yang lebih mengetahui tentang diriNYA.

Inilah aqidah Nabi saw, Sahabat, Tabi’in, para pengikut Tabi’in, al-Awzaei, al-Thawri, Abu Hanifah, Malik, al-Shafi’i, Ahmad ibn Hanbal dan sekalian salaf salih. 


Al-Imam al-Hafiz Isma’il ibn ‘Abd al-Rahman al-Sobuni berkata,

وَيُثْبِتُ أَصْحَابُ الْحَدِيْثِ نُزُوْلَ الرَّبِّ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا ، مِنْ غَيرِ تَشْبِيْهٍ لَهُ بِنُزُوْلِ الْمَخْلُوْقِيْنَ ، وَلَا تَمْثِيْلٍ وَلَا تَكْيِيْفٍ ، بَلْ يُثْبِتُوْنَ مَا أَثْبَتَهُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيَنْتَهُوْنَ فِيْهِ إِلَيْهِ ، وَيُمِرُّوْنَ الْخَبَرَ الْصَّحِيْحَ الْوَارِدَ بِذِكْرِهِ عَلَى ظَاهِرِهِ ، ويَكِلُونَ عِلْمَهُ إِلَى اللهِ ، وَكَذَلِكَ يُثْبِتُوْنَ مَا أَنْزَلَهُ اللهُ عَزَّ اسْمُهُ فِي كِتَابِهِ ، مِنْ ذِكْرِ الْمَجِيْءِ وَالْإِتْيَانِ الْمَذْكُوْرَيْنِ فِي قَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ ((هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّآ أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِنَ الْغَمَامِ وَالْمَلَائِكَةُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الأُمُورُ)) [البقرة :210] ((وَجَاءَ رَبُّكَ وَالْمَلَكُ صَفًّا صَفًّا)) [الفجر :22]

“Ashab al-Hadith Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah menetapkan kebenaran akan sifat Turunnya Allah SWT Ta'ala pada setiap malam ke langit dunia, tanpa tashbih (menyerupakan) turunNya dengan turunnya para makhluk, tanpa tamthil (memperumpamakannya) serta tanpa takyif (mereka-reka bagaimana caranya dan haqiqatNya). 


Bahkan mereka menetapkan seperti yang ditetapkan oleh Rasulullah saw, mereka berhenti padanya (dalam Nuzul) kepadanya (kepada ithbat tanpa tashbih) dan menjalankan (mentafsirkan) khabar sahih berdasarkan zahirnya, dan mereka serahkan ilmunya (kayfiyyat dan hakikatnya) kepada Allah. 

Demikian juga, mereka (Ashab al-Hadith ASWJ) menetapkan segala berita yang diturunkan Allah ta'ala dalam kitabNya di antaranya mengenai al-Maji' dan al-Ityan (kehadiran dan kedatangan Allah), yang disebut dalam firmanNya ‘azza wa jall;

.

هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّآ أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِنَ الْغَمَامِ وَالْمَلَآئِكَةُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ [البقرة :210]

“Tiada yang mereka nanti-nantikan [pada Hari Qiyamat] melainkan datangnya Allah dan para malaikat dalam naungan awan...” (surah al-Baqarah: ayat 210) 


وَجَاءَ رَبُّكَ وَالْمَلَكُ صَفًّا صَفًّا [الفجر :22]

“Dan datanglah Rabbmu, sedang malaikat berbaris-baris.” (surah al-Fajr: ayat 22). 

(Al-Imam Abu 'Uhman al-Sobuni, ‘Aqidat al-Salaf wa Ashab al-Hadith ASWJ).



[Gerakan PENA Malaysia]


Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments