Pengorbanan Para Sahabat Di Medan Peperangan

 OLEH: Zulfikar Egar

Hendak lihat betapa hebatnya pengorbanan para sahabat ini, boleh kita saksikan dalam siri peperangan yang disertai oleh Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam.

Antara contoh yang boleh kita lihat ialah tatkala berlakunya peperangan Uhud. Satu peperangan yang mana dalam perang tersebut kaum muslimin telah mengalami kekalahan.

Disebutkan ketika tentera Musyrikin Quraiys datang mara menggempur dan menerpa ganas barisan pertahan tentera kaum muslimin.

Ketika sejumlah besar sahabat nabi gugur syahid tumbang menyembah bumi seorang demi seorang dek kerna bersatunya para sahabat ini menggadai tubuh mereka untuk mempertahankan baginda nabi.

Di situlah tangan Talhah bin 'Ubaydillah R.A telah lumpuh, yang mana jarinya telah mengalami kecederaan yang cukup parah hingga mengalami kecacatan dalam kegemparan perang Uhud tersebut

Hinggakan diceritakan oleh Qays: 

“Aku lihat tangan Talhah (bin ‘Ubaydillah R.A) lumpuh tidak bergerak (kerana) menggunakannya untuk mempertahankan Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam dalam perang Uhud [Riwayat Sahih al-Bukhari & Sunan al-Nasa’i].

Ini semuanya kerana apa?

Hanya kerana para sahabat ini hendak mempertahankan nyawa dan keselamatan baginda nabi Sallallahu Alaihi Wassalam. 

Apa yang nak diberitahukan di sini ialah. Jika ada sebiji peluru ditembak tepat ke dada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam. Pasti para sahabat ini akan segera tampil menahan dada mereka sendiri bagi menyelamatkan baginda. 

Biarpun cedera ataupun mati sekalipun. Asalkan jangan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam yang kena.

Inilah yang dilakukan oleh para sahabat pada zaman Rasulullah dahulu. Subhanallah! 

Tapi bagaimana pula dengan kita pada zaman ini?

Ya. Rasullullah sudah tiada. Sudah lama wafat. Tetapi kita boleh mempertahankan baginda dengan bersungguh-sungguh mempertahakan sunnah baginda yang ditinggalkan.

Wallahualam.



[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments