Remaja Malaysia Dicandukan Dengan Muzik

OLEH: Dr Ustaz Idris bin Sulaiman

- Hukum nyanyian muzik

Melihat senarai panjang konsert yang dijadualkan akan berlangsung di Malaysia pada tahun ini, 2022 sepatutnya membimbangkan kita.



Sekiranya Al-Quran mendekatkan Muslim kepada Allah ﷻ maka yakinlah bahawa nyanyian dan muzik ialah sebaliknya. 

Apa yang pasti nyanyian dan muzik diancam oleh Allah ﷻ. 

Firman Allah ﷻ: 

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَشۡتَرِي لَهۡوَ ٱلۡحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ.  

“Dan ada di antara manusia yang membelanjakan hartanya untuk hiburan yang melalaikan; yang menyesatkan (dirinya dan orang ramai) daripada agama Allah.”

[Al-Quran, Luqman, 31: 6]

Menurut Ibnu Kathir dalam kitab Tafsirnya, ayat ini menyebutkan tentang orang-orang sengsara yang berpaling daripada Al-Quran dan memilih untuk mendengar nyanyian dan permainan alat muzik. 

Sebagaimana kata Abdullah bin Masud tentang ayat ini “Demi Allah, ia merujuk kepada nyanyian.” 

Demikian juga menurut Ibnu Abbas, Jabir dan yang lain. 

Kata Imam al-Hasan al-Basri “Ayat ini turun merujuk kepada nyanyian dan alatan muzik.” 

Menurut Qatadah “Demi Allah, barangkali orangnya tidak membelanjakan hartanya untuknya (nyanyian dan muzik) akan tetapi termasuk dalam erti berbelanja ialah menggemarinya. Maka cukuplah kesesatan seseorang itu sekiranya dia memilih bicara yang batil berbanding bicara yang hak di samping apa yang memudaratkan berbanding apa yang memberi manfaat.” 

[Tafsir Ibnu Kathir, surah Luqman, ayat 6] 

Sabda Nabi ﷺ: 

لَيَكُونَنَّ مِنْ أُمَّتِي أَقْوَامٌ ‌يَسْتَحِلُّونَ ‌الْحِرَ وَالْحَرِيرَ وَالْخَمْرَ وَالْمَعَازِفَ.

“Akan ada dalam kalangan umatku mereka yang menghalalkan zina, sutera, arak dan muzik.” 

[Sahih. Riwayat Bukhari]

Jelas Ibnu Taimiyah “Hadis ini menunjukkan bahawa ma’azif hukumnya haram sedangkan ma’azif menurut ahli bahasa (Arab) ialah peralatan muzik.” 

[Majmuk Fatawa, 11/535] 

Hadis di atas mengandungi pengharaman muzik berdasarkan dua perkara. Yang pertama kenyataan baginda ﷺ “menghalalkan” jelas menunjukkan bahawa perkara-perkara yang disebutkan (termasuklah muzik) di sisi syarak ialah haram tetapi sebahagian manusia akan bertindak menghalalkannya. Kedua, muzik telah digandingkan dengan perkara-perkara lain yang jelas haram iaitu zina dan arak sedangkan jika muzik bukan haram nescaya ia tidak akan digandingkan dengannya. 

[Silsilah al-Sahihah oleh al-Albani  hadis no. 91] 


CATATAN

Mana suara yang dahulu mengkritik konsert muzik di Riyadh Arab Saudi? 


[Gerakan PENA Malaysia]


Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI



Comments